Utusan Borneo (Sarawak)

Filem baharu tentang kisah zaman muda Han Solo pada 23 Mei ini

-

HAN Solo baharu yang muda berkata dia ada “perasaan yang baik mengenai perkara ini” dalam treler bagi ‘Solo: A Star Wars Story’, untuk menterbali­kkan salah satu ungkapan penarik paling terkenal dalam francais filem sains fiksyen.

Namun peminat sedang menunggu untuk melihat sama ada pelakon yang tidak terkenal itu dapat atau tidak mengisi tempat Harrison Ford, yang membawa salah satu watak paling popular dalam francais tersebut sebagai seorang pemburu ganjaran yang pintar berjenaka.

Semua tumpuan akan diberikan kepada Alden Ehrenreich, 28, apabila ‘Solo’ terbitan Disney mengadakan tayangan perdana dunia di Los Angeles pada Khamis lepas sebelum ia dikeluarka­n pada peringkat antarabang­sa pada 23 Mei.

‘Solo’ merupakan cerita asal yang berlaku kirakira 10 tahun sebelum peristiwa dalam filem ‘Star Wars’ pada 1977, apabila Ford berlakon sebagai juruterban­g angkasa koboi yang sinis.

Dia membawa semula watak itu hampir 30 tahun kemudian untuk ‘The Force Awakens’, yang dengan AS$2 bilion merupakan filem ketiga paling laris dalam rekod.

“Han Solo adalah watak kegemaran saya dalam ‘Star Wars’ dan Harrison Ford merupakan sebahagian daripadany­a yang besar,” kata Sarah Woloski, hos bersama Tricia Barr dan Teresa Delgado bagi podcast ‘Star Wars’, Fangirls Going Rogue.

“Tetapi jika Alden mempunyai sikap dan gaya yang betul untuk menjayakan­nya, ia lebih penting daripada menjadi orang yang menyerupai Harrison Ford,” katanya.

Ehrenreich mendapat reviu hangat untuk komedi yang aneh pada 2016 ‘Hail, Caesar’ tetapi selain daripada itu tidak dikenali generasi peminat ‘Star Wars’ yang tegar.

Sebaliknya, Ford, sekarang 75, menjadi simbol seks yang berat mulut, persona yang berkembang bersama pengembara­annya sebagai ‘Indiana Jones’.

Namun watak lelaki hebatnya Han Solo pada tahun 1970an dan 80an mungkin bukan wira yang dimahukan oleh audiens pada 2017.

“Saya rasa ramai lelaki heteroseks­ual belajar bagaimana untuk bermain cinta daripada Han Solo dan Indiana Jones. Tetapi lelaki seperti saya membesar dan menyedari kita tidak boleh berlakon seperti Han Solo. Han Solo boleh dikatakan bodoh,” kata Ryan Britt, pengarang hiburan bagi teknologi dan budaya pop di laman sesawang Inverse.com.

“Jika Alden seksi, saya tidak rasa dia dapat mendesak seperti Han Solo pada tahun 80an,” kata Britt.

Treler untuk ‘Solo’, termasuk beberapa dialog selamba daripada salah seorang penulis skrip lakon layar, Lawrence Kasdan, telah mengujakan peminat yang pada mulanya rasa gelisah tentang pemilihan Ehrenreich.

Mereka juga berharap filem itu dapat menjelaska­n kisah latar belakang Han Solo, termasuk persahabat­annya dengan rakan juruterban­g Chewbacca, bagaimana ia memenangi kapal angkasa Millennium Falcon, dan bagaimana dia menjadi orang sinis dengan ungkapan penarik “Saya ada perasaan yang tidak baik mengenai perkara ini” telah digunakan dalam bentuk tertentu dalam hampir setiap filem ‘Star Wars’.

“Kenapakah dia hilang idealisme? Adakah hati dia hancur? Adakah dia ditipu? Adakah dia dikhianati?” kata Britt.

Kejutan terbesar mungkin dalam bentuk Donald Glover, penyanyi dan pelakon yang membawa versi muda bagi watak penyeludup Land Parisian.

“Saya mungkin lebih teruja mengenai Lando, dan melihat keyakinan Donald Glover, berbanding melihat Han Solo,” kata Delgado, yang merancang untuk menonton ‘Solo’ sebanyak tiga kali pada hujung pembukaann­ya.

“Saya tidak dapat membayangk­an dia tidak hebat dan tidak wajar dipuja.” — Reuters

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? HAN SOLO: Alden Ehrenreich dan Emilia Clarke bergambar bersama semasa tayangan perdana ‘Solo: A Star Wars Story’ di Los Angeles pada Khamis.
— Gambar Reuters HAN SOLO: Alden Ehrenreich dan Emilia Clarke bergambar bersama semasa tayangan perdana ‘Solo: A Star Wars Story’ di Los Angeles pada Khamis.
 ?? — Gambar Reuters ?? CHEWBACCA: Joonas Suotamo (kiri), yang berlakon sebagai Chewbacca di dalam filem baharu bergambar bersama maskot Chewbacca.
— Gambar Reuters CHEWBACCA: Joonas Suotamo (kiri), yang berlakon sebagai Chewbacca di dalam filem baharu bergambar bersama maskot Chewbacca.
 ?? — Gambar Reuters ?? HERO BAHARU: Ehrenreich semasa tayangan perdana ‘Solo: A Star Wars Story’.
— Gambar Reuters HERO BAHARU: Ehrenreich semasa tayangan perdana ‘Solo: A Star Wars Story’.
 ?? — Gambar Reuters ?? TURUT BERLAKON: (Dari kiri) Jon Favreau, Paul Bettany dan Donald Glover semasa tayangan perdana ‘Solo: A Star Wars Story’ di Los Angeles, Khamis.
— Gambar Reuters TURUT BERLAKON: (Dari kiri) Jon Favreau, Paul Bettany dan Donald Glover semasa tayangan perdana ‘Solo: A Star Wars Story’ di Los Angeles, Khamis.
 ?? — Gambar Reuters ?? WATAK UTAMA: Ehrenreich (kiri) bersama pengarah Ron Howard (tengah) dan George Lucas.
— Gambar Reuters WATAK UTAMA: Ehrenreich (kiri) bersama pengarah Ron Howard (tengah) dan George Lucas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia