Utusan Borneo (Sarawak)

Ketua hakim Filipina disingkir

Dikenali sebagai antara pengkritik utama perang dadah Duterte

-

MANILA: Hakim mahkamah tertinggi Filipina semalam mengundi untuk menyingkir­kan ketua hakim mereka, yang berdepan dengan usaha untuk mengguling­kannya selepas beliau berbalah dengan Presiden Rodrigo Duterte berhubung perang dadah Duterte yang berdarah.

Ketua Hakim Mahkamah Agung Maria Lourdes Sereno merupakan seorang daripada beberapa pengkritik berprofil tinggi di Filipina yang mendapati dirinya menjadi sasaran selepas bersuara untuk menentang usaha utama presiden itu.

“Sereno didapati tidak layak dan dengan ini diputuskan bersalah atas tuduhan memegang dan melaksanak­an jawatan yang menyalahi undang-undang sebagai ketua hakim,” kata jurucakap mahkamah Theodore Te kepada pemberita.

“Keputusan itu serta-merta boleh dikuatkuas­akan tanpa keperluan lanjut bagi tindakan oleh mahkamah,” kata Te, yang menambah undian adalah 8-6 untuk menyingkir­kan Sereno.

Kes Mahkamah Agung terhadap Sereno, ketua hakim wanita pertama di negara itu, mendakwa beliau gagal untuk memfailkan penyata aset dan liabiliti pada masa lalu – tuduhan yang beliau nafikan sekeras-kerasnya.

Dalam perkembang­an lain, Sereno turut berdepan dengan cubaan untuk mendakwany­a dalam Dewan Rakyat, satu tindakan yang menurut pengkritik adalah sebahagian daripada usaha yang lebih luas oleh Duterte untuk memusnahka­n musuh dan memulakan pemerintah­an seorang lelaki.

Sereno berikrar untuk menentang usaha pengguling­an itu, dan berkata Mac lalu: “Keadaan negara kita sekarang adalah keadaan di mana orang yang dianggap musuh kumpulan dominan dianggap sasaran yang adil bagi gangguan, ugutan dan penindasan.”

Duterte pada bulan lepas menggesa ahli perundanga­n untuk “mempercepa­tkan” pengusiran­nya, sambil memberi amaran “jika tidak, saya akan melakukann­ya untuk anda”.

Sereno dituduh gagal membayar cukai sebanyak kirakira juta peso (RM152,000) selain memalsukan dan mengganggu resolusi mahkamah.

Beliau juga didakwa berbelanja berlebihan ke atas hotel mewah dan sebuah kenderaan rasmi mewah, selain terbang kelas pertama atau bisnes.

Sereno merupakan ketua hakim kedua berturut-turut yang digulingka­n di Filipina. Penggubal undang-undang mensabit kesalahan ke atas ketua hakim terdahulu Renato Corona pada 2012 atas dakwaan rasuah.

Presiden ketika itu Benigno Aquino berkata pemecatan itu sebahagian daripada reformasi antirasuah, tetapi pengkritik berkata beliau mahu memastikan beliau dapat mengawal mahkamah.

Duterte dan Sereno mulamula berbalah pada 2016 apabila Sereno mengkritik perintahny­a agar hakim yang beliau kaitkan dengan pengedaran darah menyerah diri sebagai sebahagian daripada kempennya.

Polis berkata mereka sudah membunuh kira-kira 4,200 suspek dadah yang melawan balik ketika ditangkap sejak Duterte melancarka­n perang hampir dua tahun lalu. Kumpulan hak asasi manusia mendakwa jumlah sebenar adalah tiga kali lebih tinggi.

Pengkritik Duterte yang lain juga sudah digulingka­n, dihukum atau diugut termasuk Senator Leila de Lima, dari Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia, yang telah ditahan, dan seorang pendakwa antirasuah yang menyiasat dakwaan Duterte menyembuny­ikan kekayaanny­a. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? SOKONGAN PADU: Penyokong Sereno menunjukka­n plakad mengkritik Duterte di hadapan sekumpulan polis yang berkawal semasa perhimpuna­n di hadapan bangunan mahkamah agung di Manila, semalam.
— Gambar AFP SOKONGAN PADU: Penyokong Sereno menunjukka­n plakad mengkritik Duterte di hadapan sekumpulan polis yang berkawal semasa perhimpuna­n di hadapan bangunan mahkamah agung di Manila, semalam.
 ?? — Gambar AFP ?? DISINGKIR: Sereno melambai ke arah penyokongn­ya di hadapan bangunan mahkamah agung di Manila selepas hakim mahkamah tertinggi semalam mengundi untuk menyingkir­kannya daripada jawatan ketua hakim.
— Gambar AFP DISINGKIR: Sereno melambai ke arah penyokongn­ya di hadapan bangunan mahkamah agung di Manila selepas hakim mahkamah tertinggi semalam mengundi untuk menyingkir­kannya daripada jawatan ketua hakim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia