Utusan Borneo (Sarawak)

Polis bergelut dengan lelaki cuba lari dalam Ops Tapis

-

LIMBANG: Polis terpaksa bergelut dengan seorang lelaki yang cuba melarikan diri ketika ditahan di sini, pagi semalam.

Suspek yang bekerja sebagai tukang cat dari Kampung Pahlawan ditahan dalam Ops Tapis sekitar jam 8.40 pagi ketika berada dalam keadaan mencurigak­an di hadapan sebuah hotel di sini.

Ketua Polis Daerah Limbang Superinten­den Mohd Bukhori Saffai berkata, pemeriksaa­n yang dijalankan pada beg silang yang dipakainya menjumpai dua peket plastik lutsinar berisi ketulan kristal dipercayai dadah jenis syabu.

“Syabu seberat 1.10 gram bernilai RM200 dirampas dan ujian saringan awal polis yang dijalankan terhadapny­a mendapati suspek positif Methampeta­mine dan Amphetamin­e,” katanya kepada media semalam.

Dalam operasi sama katanya, sepasang kekasih ditahan ketika berada di sebuah hotel di bandar ini, semalam.

Kedua- dua penganggur berusia 23 tahun dari Kampung Buang Abai dan kekasihnya, 22, dari Kampung Seberang Kedai diberkas jam 9 pagi.

“Hasil pemeriksaa­n tidak menjumpai apa-apa barang menyalahi undang- undang.

“Bagaimanap­un, hasil ujian awal air kencing mendapati kedua-dua suspek positif Methampeta­mine dan Amphetamin­e,” katanya lagi.

Kesemua mereka akan ditahan dalam tempoh 24 jam bagi melengkapk­an kertas siasatan di bawah Seksyen 12(2) ADB 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

 ??  ?? DITEMUI: Syabu yang disembunyi dalam beg silang suspek.
DITEMUI: Syabu yang disembunyi dalam beg silang suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia