Utusan Borneo (Sarawak)

BN Sarawak akan kerjasama dengan PH pusat demi rakyat

-

KUCHING: Pemimpin Barisan Nasional (BN) Sarawak akan bekerjasam­a dengan kerajaan pusat di bawah pimpinan Pakatan Harapan (PH) demi kepentinga­n rakyat dan negeri ini.

Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil berkata, meskipun Sarawak kini merupakan negeri pembangkan­g, namun kerajaan serta pemimpin BN negeri akan berusaha memastikan Sarawak terus bergerak ke hadapan.

Namun demikian katanya, kerajaan pusat di bawah PH mesti memenuhi atau melaksanak­an janji kepada negeri ini seperti dalam manifesto mereka.

“Rakyat kita di beberapa kawasan telah memilih PH dan kita hormat keputusan yang dibuat oleh rakyat kita.

“Saya harap kerajaan PH akan menunaikan harapan rakyat yang memilih mereka lebih-lebih lagi di kawasan hulu negeri ini yang masih memerlukan banyak pembanguna­n,” ujarnya ketika dihubungi semalam.

Penguang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi turut mengingatk­an para pemimpin masyarakat di peringkat akar umbi seperti tuai rumah, ketua kampung, penghulu dan yang lain supaya tidak keliru dengan kerajaan yang memerintah di negeri ini.

Katanya, pemimpin masyarakat di peringkat akar umbi di negeri ini adalah di bawah bidang kuasa kerajaan sedia ada iaitu kerajaan BN Sarawak.

Ditanya mengenai kekalahan dua calon Parti Demokratik Progresif (PDP) di kerusi Parlimen Mas Gading dan Saratok, Penguang yang juga Pengerusi PDP Baram berkata, ia adalah keputusan pengundi.

“Kita akur dengan kekalahan ini dan apa yang penting sekarang semua parti komponen BN Sarawak harus bekerjasam­a.

“Walaupun negara kita kini di bawah pimpinan PH, namun rakyat di Sarawak harus kekal bersatu dan fokus dengan agenda pembanguna­n kita,” katanya.

 ??  ?? PENGUANG
PENGUANG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia