Utusan Borneo (Sarawak)

Orang awam optimis Malaysia, Sarawak akan terus membangun

-

MIRI: Orang awam optimis Malaysia dan Sarawak akan terus membangun meskipun berlaku perubahan di peringkat persekutua­n berikutan kekalahan Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri ( MBM) Adam Yii berkata beliau menerima keputusan PRU14 dengan fikiran terbuka dan percaya kerajaan dilantik tetap menjaga kepentinga­n rakyat, begitu juga MBM.

“Ini merupakan peralihan kuasa sejak kemerdekaa­n Malaysia. Saya percaya, sesiapa pun kerajaan dipilih tetap berkhidmat untuk rakyat.

“Saya percaya, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melakukan apa patut untuk kesejahter­aan rakyat dan negara,” katanya ditemui pada Pertanding­an Memancing Laut Dalam Antarabang­sa Bandaraya Miri Ke- 11 di sini semalam.

Hadir sama Pengarah Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sarawak Laksamana Pertama Maritim Datuk Ismaili Bujang Pit, Pengarah Jabatan Perikanan Belayong Nyuak, Timbalan Pengarah Majlis Keselamata­n Dalam Negeri (MKN) Mejar Raja Azamawi Raja Isa, Pengarah Eksekutif Miri Marina ParkCity Township Troy Yaw, Ketua Wilayah Perikanan Miri Buniamin Kiprawi, Presiden Kelab Pemancing Miri Ting Thung Hing dan pengerusi penganjur, Aaron Abel Donald.

Adam yang juga Ketua Penerangan Parti Rakyat Bersatu Sarawak ( SUPP) berkata, kerajaan tidak akan mencetuska­n konflik atau polisi tidak perlu sebaliknya melaksanak­an perkhidmat­an berkesan kepada rakyat.

“Ini adalah demokrasi, rakyat bebas memilih wakil. Dalam tempoh 100 hari, mereka akan menunaikan janji dalam manifesto antaranya mengembali­kan hak Sabah dan Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 dan menghapusk­an GST,” katanya.

Sementara itu, Troy berkata beliau tanpa ragu Malaysia akan terus bangkit dan maju dalam bidang ekonomi meskipun pucuk pimpinan berubah.

“Saya berpendapa­t sudah sampai masanya kita bergerak ke hadapan dan menyesuaik­an diri dengan perubahan lanskap politik. Keputusan pilihan raya adalah kehendak rakyat yang mahukan perubahan masa depan.

“Saya yakin senario ekonomi akan berubah lebih baik dan wakil rakyat dipilih mempunyai kebijaksan­aan membolehka­n persekutua­n dan kerajaan negeri bekerjasam­a tanpa mengira parti politik demi kebaikan rakyat,” jelasnya.

Troy menambah, mereka terlibat dalam perniagaan juga harus menyesuaik­an diri dan yakin dengan kepimpinan negara masa kini.

“Saya fikir ramai rakyat yakin bahawa ekonomi negara akan bertambah baik dan rasuah berjaya diatasi. Ini secara tidak langsung menambah peluang ekonomi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia