Utusan Borneo (Sarawak)

STU sentiasa sokong kerajaan yang memerintah, kata Jisin

-

KUCHING: Kesatuan Guru Sarawak ( STU) sentiasa menyokong kerajaan yang memerintah kerana ia adalah pilihan rakyat, kata Presidenny­a Jisin Nyud.

Beliau memberitah­u sebagai negara yang mengamalka­n sistem demokrasi, rakyat perlu akur dengan mana-mana parti politik yang memerintah.

“Oleh itu, STU sebagai kesatuan, sentiasa menyokong kerajaan yang memerintah, tidak kira di peringkat negeri atau di peringkat persekutua­n.

“Setakat ini, STU mempunyai hubungan yang baik dengan kerajaan negeri dengan menteri di peringkat negeri dan juga persekutua­n khasnya dalam bidang pendidikan,” katanya ketika menerusi WhatsApp di sini, semalam.

Malah, Jisin menjelaska­n, setiap bahagian STU dari Kuching hingga ke Limbang sentiasa bekerjasam­a dengan barisan menteri termasuk wakil rakyat di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) mahupun Parlimen.

Menyentuh tentang peralihan kuasa, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilantik secara rasmi sebagai Perdana Menteri katanya, STU tiada masalah dengan siapa yang menerajui kerajaan.

“Yang penting adalah kerajaan sentiasa prihatin dan adil kepada guru dan juga pelajar. Melihat kepada apa yang berlaku sekarang, memang jelas guru tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pengajaran dan pembelajar­an (PdP) di dalam kelas.

“STU berharap supaya kerja-kerja sampingan yang mengambil banyak masa guru selain daripada PdP dapat diselesaik­an,” tegasnya.

Selain kerja sekolah, beliau memberitah­u, kerja dalam talian atau online yang tidak penting wajib dilengkapk­an contohnya survei dan data sepatutnya dapat disedut daripada data sekolah, namun jabatan masih juga diminta untuk menghantar­nya.

“Sepatutnya guru hanya mengajar sahaja baharulah guru dapat membuat perancanga­n pengajaran bagi memastikan proses PdP dapat berjalan lancar tanpa gangguan.

“Selain tugas sampingan yang mengambil banyak masa guru, PdP memerlukan prasarana IT yang canggih untuk PAK ke-21,” tambahnya.

Menurutnya lagi, antaranya bilik darjah yang lengkap dengan peralatan ICT, makmal Sains dan juga makmal komputer.

Daripada masalah yang disebutkan, Jisin berkata, ia jelas sekali prasarana, infrastruk­tur dan Internet merupakan isu yang perlu diatasi di Sarawak.

Katanya, sebagai seorang veteran dalam bidang politik dan pendidikan, STU percaya Tun Dr Mahathir dapat mencorakka­n dan mengembali­kan kegemilang­an bidang pendidkan dan keguruan di Malaysia.

Justeru, beliau berharap agar kerajaan persekutua­n sekarang dapat memenuhi perkara yang berkaitan pendidikan di Sarawak seperti yang termaktub dalam manifesto Pakatan Harapan (PH).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia