Utusan Borneo (Sarawak)

Keyakinan masyarakat terhadap pasukan polis terbukti Kes jenayah terhadap wanita dan kanak-kanak di Sarawak semakin banyak dilapor, jasa sumbangan Dev amat dihargai

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Pertambaha­n kes yang dilaporkan berhubung salah laku atau keganasan seksual terhadap kanak-kanak di negeri ini menunjukka­n keyakinan masyarakat terhadap pasukan polis.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata demikian berdasarka­n laporan yang diterima oleh pihak polis menunjukka­n peningkata­n kes itu bagi negeri ini dari 2015 hingga 2017.

“Pada 2015, dilaporkan sebanyak 413 kes, manakala 2016 (536) dan 2017 (628). Kesemua kes ini dirujuk ke Bahagian Siasatan Seksual Penderaan dan Kanak-Kanak (D11),” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Malam Apresiasi Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar dan Rakan Media anjuran Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak di Kuching, malam kelmarin.

Majlis itu bertujuan menghargai jasa dan sumbangan

Kita amat berterima kasih kepada Dev dan berharap beliau akan meneruskan komitmenny­a untuk melindungi dan menjaga keselamata­n awam terutama wanita dan kanak-kanak meskipun ditugaskan ke tempat lain. Dato Sri Fatimah Abdullah Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

Dev dalam menangani keskes jenayah terutama terhadap wanita dan kanak-kanak di Sarawak serta rakan media yang banyak membantu pihak kementeria­n dan jabatan menyampaik­an perkhidmat­an kepada rakyat.

Sehubungan itu, Fatimah merakamkan setinggi-tinggi penghargaa­n atas sumbangan dan jasa Dev yang komited melindungi keselamata­n wanita dan kanak-kanak semasa perkhidmat­annya di sini.

“Beliau (Dev) telah membawa peranan yang amat besar terutama dalam menjaga keselamata­n wanita dan kanakkanak di negeri ini.

“Kita amat berterima kasih kepada Dev dan berharap beliau akan meneruskan komit- mennya untuk melindungi dan menjaga keselamata­n awam terutama wanita dan kanakkanak meskipun ditugaskan ke tempat lain,” katanya.

Dev bakal berpindah ke Kuala Lumpur susulan kenaikan pangkat sebagai Timbalan Pengarah ( Operasi) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti dengan memangku pangkat Timbalan Pesuruhaja­ya Polis.

Sementara itu, Dev dalam ucapan penghargaa­nnya berkata, berkhidmat selama 10 tahun di negeri ini membuatkan Sarawak dekat di hatinya.

“Saya gembira kerana dapat berkhidmat di negeri ini dan berharap agar pengganti saya akan meneruskan khidmat cemerlang anggota polis di negeri ini dalam melindungi dan menjaga keselamata­n orang awam.

“Malah, saya juga berikrar untuk meneruskan semangat yang sama ini di tempat yang baharu,” katanya.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pengarah Jabatan Wanita dan Keluarga Noriah Ahmad dan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak Nor Hisham Mohammad.

 ??  ?? UNTUK KENANGAN: Fatimah bersama Dev merakamkan kenangan dengan para media dan tetamu yang lain pada majlis Malam Apresiasi Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak dan Rakan Media di Kuching, malam kelmarin.
UNTUK KENANGAN: Fatimah bersama Dev merakamkan kenangan dengan para media dan tetamu yang lain pada majlis Malam Apresiasi Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak dan Rakan Media di Kuching, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia