Utusan Borneo (Sarawak)

Fatimah: Wanita PBB akur, hormati keputusan PRU14

-

KUCHING: Biarpun kecewa dengan keputusan Pilihan RayaUmumKe-14(PRU14), Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) tetap akur dengan kehendak majoriti rakyat.

Bagaimanap­un, Ketua Wanita PBB Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, beliau berpuas hati kerana Sarawak masih teguh berdiri bersama Barisan Nasional (BN).

“Kita (Pergerakan Wanita PBB) menerima keputusan pilihan raya ini dengan hati terbuka, meskipun BN gagal membentuk kerajaan persekutua­n. Inilah demokrasi, rakyat sudah pun memilih dan kita harus menghormat­i keputusan ini.

“Apa yang perlu kita lakukan ialah meneruskan komitmen dan tugas kita untuk rakyat,” ujarnya semasa berucap pada majlis Malam Apresiasi Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar dan Rakan Media di Kuching, malam kelmarin.

Fatimah yang juga Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak berkata, pihaknya akan terus komited dan bekerja keras demi kepentinga­n rakyat terutamany­a golongan memerlukan, wanita dan kanak-kanak.

“Keutamaan kita adalah untuk berkhidmat kepada rakyat dan juga tanah air tercinta,” katanya.

PRU14 menyaksika­n BN Sarawak menang 19 daripada 31 kerusi Parlimen manakala Parti Tindakan Demokratik (DAP) menang enam kerusi, Parti Keadilan Rakyat (PKR) menang empat kerusi dan Bebas dua kerusi.

Hadir sama pada majlis itu ialah Dev, Pengarah Jabatan Wanita dan Keluarga, Noriah Ahmad dan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak, Nor Hisham Mohammad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia