Utusan Borneo (Sarawak)

Trump ucap tahniah kepada Dr Mahathir

-

KUALA LUMPUR: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengucapka­n tahniah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad atas pelantikan­nya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baharu.

Rumah Putih dalam kenyataan dimuat naik dalam akaun Facebook Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur pada Khamis, berkata Trump juga mengucapka­n tahniah kepada rakyat Malaysia atas penyertaan mereka dalam kempen pilihan raya yang sengit dan aman.

“Amerika Syarikat berharap dapat terus bekerjasam­a rapat dengan Malaysia dalam memperkuku­hkan hubungan menyeluruh antara Amerika Syarikat dan Malaysia serta menangani cabaran antarabang­sa dan serantau,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menyebut hubungan Washington- Kuala Lumpur sudah sekian lama terjalin antara rakyat dan rakyat yang berkongsi nilai- nilai demokrasi dan hubungan komersial.

Dr Mahathir mencipta sejarah pada Khamis, apabila mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia buat kali kedua pada usia 92 tahun.

Pelantikan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia, susulan kemenangan bersejarah Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-14, Rabu lepas. -— Bernama KUALA LUMPUR: Kerajaan Pakatan semalam bersetuju mewujudkan kabinet kecil mengandung­i 10 kementeria­n.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, 10 kementeria­n itu ialah Kewangan, Dalam Negeri, Pertahanan, Pendidikan, Luar Bandar, Ekonomi, Kerja Raya, Pengangkut­an, Luar Negeri dan Multimedia, Sains dan Teknologi.

Sepuluh kementeria­n itu perlu diisi segera, katanya, pada sidang akhbar selepas mempengeru­sikan mesyuarat pertama kerajaan Pakatan yang baharu dibentuk selepas memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei.

“Kami tidak mahu mempunyai kabinet yang besar bagaimanap­un ada kementeria­n tertentu yang perlu diisi segera,” katanya.

Hadir sama pada sidang akhbar itu ialah empat pemimpin parti gabungan dalam Pakatan iaitu PPBM, PKR, DAP dan AMANAH

Beliau berkata, Majlis Presiden Pakatan mengadakan mesyuarat pertamanya semalam untuk membincang­kan beberapa dasar tertentu yang dinyatakan dalam manifesto pilihan raya Pakatan.

Dr Mahathir yang mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ketujuh Malaysia malam kelmarin, berkata nama-nama menteri yang akan menerajui kementeria­n masing- masing akan diumumkan hari ini.

Beliau berkata, susulan mesyuarat semalami, setiap parti akan mengadakan mesyuarat masing- masing untuk memutuskan kementeria­n mana yang mereka mahukan dan nama- nama calon mereka.

“Ini tidak bermakna semua cadangan mereka akan diterima kerana esok (hari ini) kami akan mengadakan mesyuarat penuh majlis presiden. Pada majlis presiden itu, kami akan memuktamad­kan nama-nama dan kementeria­n yang perlu kami isi.

“Ini tidak bermakna parti kami tidak bersatu. Kami merupakan satu parti tetapi adalah penting semua parti diwakili dalam kabinet kami,” katanya.

Setakat ini, katanya, jawatan yang diisi ialah beliau sebagai Perdana Menteri dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang akan dilantik Timbalan Perdana Menteri.

Dr Mahathir menegaskan empat parti dalam gabungan itu akan mempunyai peranan yang sama tanpa sebarang diskrimina­si.

Semasa ditanya sama ada beliau akan memegang dua portfolio, Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata ia akan diputuskan hari ini.

Menjawab satu soalan sama ada beliau akan mula masuk pejabat Perdana Menteri di Putrajaya pada Isnin, Dr Mahathir menjawab: “Ini perkara kecil. Di sini pun saya boleh bekerja juga.”

Sidang akhbar itu diadakan di Yayasan Al-Bukhary di sini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia