Utusan Borneo (Sarawak)

Kunjungi Hari Terbuka Blessed Builders Sdn Bhd hari ini, esok

-

KUCHING: Blessed Builders Sdn Bhd mengajak semua penjawat awam yang mengingink­an sebuah kediaman untuk datang ke Hari Terbuka hari ini di Oxford Park Avenue @ 9th Mile bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.

Menurut Dato Wee Song Ching yang merupakan Penasihat dan wakil kepada Blessed Builders Sdn Bhd, Hari Terbuka itu terletak di Open University atau tidak jauh dari Taman Greenwood di Muara Tuang.

“Sesiapa sahaja yang ingin mengunjung­i Hari Terbuka Blessed Builders Sdn Bhd harus pergi ke Open University atau Taman Greenwood terlebih dahulu dan ikuti papan tanda yang telah disediakan di tepi jalan oleh pihak penganjur yang akan membawa mereka ke pameran tersebut,” katanya di sidang media semalam.

Pegawai dan wakil dari pelbagai bank dan syarikat insurans turut hadir antaranya Bank Islam, Maybank, Bank Muammalat, Hong Leong Bank, bank UOB, Takaful dan lain-lain.

Blessed Builders Sdn Bhd akan memperkena­lkan Rumah Bandar di dalam kawasan komuniti berpagar yang dikenali sebagai Oxford Park Avenue @ 9th Mile.

Wee berkata, harga seunit Oxford Park Avenue @ 9th Mile Town oleh Blessed Builders Sdn Bhd bermula dari RM259,908.

“Harga kediaman di Oxford Park Avenue @ 9th Mile Town House dianggap berpatutan kerana rumah-rumah di taman ini berkualiti standard tetapi harganya sudah disubsidik­an kira-kira 20 peratus. Unit terhad boleh didapati di sini,” katanya.

Selain daripada penjawat awam yang masih bekerja atau pernah berkhidmat sebagai seorang kakitangan awam dan telah bersara atau anak kepada ibu bapa yang pernah bekerja dengan kera- jaan juga boleh memohon untuk membeli sebuah unit di Oxford Park Avenue @ 9th Mile.

Blessed Builders Sdn Bhd juga mendedahka­n bahawa mereka akan menganjurk­an pameran di tempat yang lain esok untuk orang ramai dari jam 9 pagi hingga 5 petang kerana mereka akan menjual bilangan unit terhad kepada orang ramai dengan harga ‘early bird’ kepada yang berminat.

Rumah-rumah di Oxford Park Avenue @ 9th Mile dibangunka­n di bawah Projek Perumahan 1Malaysia untuk Pegawai Awam (PPA1M).

Untuk butiran lebih lanjut mengenai projek Rumah Taman Oxford Avenue @ 9th Mile oleh Blessed Builders Sdn Bhd, sila datang ke pameran jualannya hari ini dan esok.

Pengunjung digalak membawa keluarga untuk melawat Hari Terbuka kerana terdapat ruang khas yang menanti mereka dengan tawaran hadiah yang menarik, tambahnya.

Turut hadir pada sidang akhbar ialah Pengurus Perolehan Projek Blessed Builders Sdn Bhd Gloria Chai dan Pengurus Pelesenan Norjanah Mohd Poasa.

 ??  ?? MENARIK: Pandangan dari ruang udara unit kediaman di Oxford Park Avenue @ 9th Mile oleh Blessed Builders Sdn Bhd.
MENARIK: Pandangan dari ruang udara unit kediaman di Oxford Park Avenue @ 9th Mile oleh Blessed Builders Sdn Bhd.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia