Utusan Borneo (Sarawak)

‘Go Bald’ kempen jadikan masyarakat lebih prihatin

- Oleh Borhaniza Ali Basah

SIBU: Penglibata­n dan sumbangan pelbagai pihak dalam Kempen ‘Go Bald’ dapat membantu kanak-kanak penghidap kanser menjalani kehidupan lebih baik.

Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) Datuk Tiong Thai King berkata, kesejahter­aan golongan yang memerlukan bantuan bergantung kepada sumbangan semua pihak.

“Ia adalah apabila kita menyedari setiap orang mempunyai peranan menjadikan masyarakat kita mengambil langkah penting ke hadapan.

“Ini membolehka­n kita membina masyarakat berdaya tahan dan semua pihak berganding bahu mewujudkan komuniti yang ambil peduli antara satu sama lain,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada perasmian Kempen ‘Go Bald’

Ini membolehka­n kita membina masyarakat berdaya tahan dan semua pihak berganding bahu mewujudkan komuniti yang ambil peduli antara satu sama lain. Datuk Tiong Thai King Pengerusi MPS

2018 anjuran Pertubuhan Kanser Kanak-Kanak Sarawak (SCCS) dengan kerjasama Kelab Sukan dan Sosial MPS di sini, semalam.

Seramai 32 peserta terdiri daripada kakitangan MPS, Mafrica, Jabatan Kerja Raya, Sanyan dan ahli keluarga membotakka­n kepala mereka sebagai sokongan dan keprihatin­an terhadap pesakit kanser.

Kempen itu Berjaya mengutip sumbangan sejumlah RM16,500 iaitu RM15,000 disumbangk­an oleh Pengerusi MPS, Timbalanny­a Rogayah Jamain dan kaki- tangan MPS, manakala RM1,500 disumbanga­nkan oleh Mafrica.

Justeru, Tiong berkata dengan menyertai kempen ini, MPS memenuhi tanggungja­wab sosial korporatny­a dan menunjukka­n mereka memberi perhatian kepada masyarakat.

“Oleh itu, saya ingin mengucapka­n terima kasih kepada semua pihak yang memberi sumbangan dan sokongan.

“Sokongan anda mewujudkan harapan dan impak terhadap kanak- kanak yang memerlukan dan keluarga mereka,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia