Utusan Borneo (Sarawak)

Sifar laporan sepanjang tempoh PRU14 di Limbang

Polis mendapat kerjasama pelbagai pihak, rakyat matang menjaga keamanan kawasan masing-masing

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Sifar laporan polis daripada parti-parti bertanding sepanjang 11 hari tempoh berkempen menunjukka­n masyarakat di sini menjunjung semangat keharmonia­n dan keamanan rakyat pelbagai kaum.

Ketua Polis Daerah Limbang Superinten­den Mohd Bukhori Saffai berkata, anggota keselamata­n terutama Pasukan Polis Diraja Malaysia ( PDRM) mendapat kerjasama padu daripada pelbagai pihak termasuk orang awam bagi memastikan kelancaran perjalanan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pada masa sama, beliau berkata, rakyat sudah mem-

Malah, semua pihak memberi kerjasama padu bagi membolehka­n kita menjalanka­n tugas menjaga keamanan dan memastikan kelancaran PRU14.

punyai kesedaran tinggi dengan mengelak sebarang insiden yang boleh mengugat ketenteram­an.

“Kita tidak menerima sebarang laporan polis yang membolehka­n kertas siasatan dibuka.

“Malah, semua pihak memberi kerjasama padu bagi membolehka­n kita menjalanka­n tugas menjaga keamanan dan memastikan kelancaran PRU14,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata, rakyat su- dah matang dalam melihat keamanan di kawasan masing-masing.

Mohd Bukhori berkata lagi, latihan dan persediaan tinggi dalam kalangan anggotanya sebelum ini juga faktor penentu terhadap kelancaran perjalanan PRU14, selain bersedia menangani sebarang kemungkina­n insiden buruk berlaku.

Superinten­den Mohd Bukhori Saffai Ketua Polis Daerah Limbang

 ??  ?? MOHD BUKHORI
MOHD BUKHORI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia