Utusan Borneo (Sarawak)

Pelantikan Tun Dr Mahathir sebagai PM disambut baik

-

KUCHING: Rakyat di negeri ini menyambut baik pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri yang baharu.

Delton Nyapay yang berasal dari Lundu berkata, beliau menerima baik pelantikan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri ketujuh.

Sebagai rakyat, beliau berharap kerajaan persekutua­n di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir akan dapat menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan bermaruah.

“Walaupun Sarawak kini merupakan negeri pembangkan­g, namun kita berharap Tun Dr Mahathir dan barisan kabinetnya akan memberi banyak tumpuan kepada rakyat di negeri ini terutama dari aspek pendidikan dan pembanguna­n.

“Kita juga berharap Tun Dr Mahathir dan barisan kepimpinan­nya akan memperkena­lkan sistem percu- kaian yang lebih adil untuk mengurangk­an beban rakyat di seluruh negara,” katanya.

Sementara itu, Lau Wei Ming turut menerima baik pelantikan semula bekas Perdana Menteri keempat tersebut sebagai Perdana Menteri ketujuh.

Lau turut yakin berbekalka­n pengalaman selama 22 tahun memimpin negara, Tun Dr Mahathir mampu mentadbir negara ini dengan baik.

“Walaupun telah meninggalk­an dunia politik selama 15 tahun, namun Tun Dr Mahathir masih kuat untuk kembali semula memimpin negara kita.

“Sebagai rakyat kita berharap kerajaan baharu pimpinan Tun Dr Mahathir akan membawa negara kita ke arah negara yang lebih maju setanding dengan negara-negara maju yang lain,” kata Lau yang berasal dari Sematan.

Pelantikan semula Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri bukan sahaja diterima baik oleh rakyat negeri ini malah dikagumi oleh rakyat.

“Saya amat mengagumi kepimpinan Tun Dr Mahathir semasa beliau menjadi Perdana Menteri keempat lagi.

“Sehingga sekarang, saya masih menyayangi beliau yang boleh dianggap sebagai seorang bapa yang begitu mengambil berat rintihan anak-anak Malaysia.

“Pelantikan semula beliau sebagai PM bukan sahaja menggembir­akan rakyat malah menjadi inspirasi kepada ramai golongan muda seperti kami di mana usia bukan penghalang untuk mencapai kejayaan,” kata Kollisa Johia.

Seperti rakyat lain, Kollisa berharap Tun Dr Mahathir dapat membantu membangunk­an negeri ini dan mengurangk­an kos kehidupan rakyat yang semakin tinggi.

 ??  ?? NAIK TARAF: Pasar Khoo Peng Loong yang lama sedang dinaik taraf.
NAIK TARAF: Pasar Khoo Peng Loong yang lama sedang dinaik taraf.
 ??  ?? KOLLISA
KOLLISA
 ??  ?? DELTON
DELTON
 ??  ?? LAU
LAU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia