Utusan Borneo (Sarawak)

Fasa pertama, Pakej A projek pembetunga­n bersepadu Miri dijangka siap 29 Mac 2021

-

MIRI: Fasa pertama, Pakej A projek Sistem Pengurusan Air Sisa Bersepadu Bandar Raya Miri dijangka siap dalam tempoh empat tahun.

Majlis Bandaraya Miri (MBM) dalam kenyataan media semalam, projek bermula pada 30 Mac 2017 dan dijadual siap pada 29 Mac 2021.

Projek melibatkan kerjasama MBM dan Jabatan Perkhidmat­an Pembetunga­n ( JPP) Sarawak.

Bawah Pakej A, kerjakerja melibatkan pembinaan saluran dan penyambung sisi pembetung utama.

Saluran pembetung dibina sepanjang Jalan Sylvia, Jalan Kipas, Jalan Bulan Sabit, menerusi Bulatan Pujut, Jalan Miri By- Pass dan sepanjang projek Lebuh Raya Pan Borneo yang sedang dalam pembinaan.

Sementara penyambung sisi pembetung akan dibina di Jalan Marina Utama, Jalan Merbau, Jalan Parry, Jalan Bintang dan Jalan Sehati.

“Dalam beberapa bulan lalu, pihak majlis telah menerima aduan orang awam berkenaan pembinaan dilaksanak­an di sepanjang laluan jalan di pusat bandar raya.

“Kerja- kerja pembinaan ini menyebabka­n masalah kesesakan khasnya pada waktu puncak kerana lencongan laluan. Orang awam turut melahirkan rasa bimbang tentang aspek keselamata­n kerja-kerja pembinaan,” jelas kenyataan itu.

Sistem ini memastikan pembanguna­n mampan dengan adanya perkhidmat­an kesihatan awam dan sanitasi teratur.

Projek juga merupakan sebahagian usaha kerajaan negeri untuk mentransfo­rmasikan bandar raya Miri sebagai bandar raya peranginan dan mampan.

“Kami ingin memaklumka­n kepada penduduk Miri bahawa Sistem Pengurusan Air Sisa Bersepadu sedang dilaksanak­an di Miri setelah sistem sama berjaya disiapkan di ibu negeri, Kuching.”

MBM, JPP dan kontraktor akan memastikan aspek keselamata­n pengguna jalan raya termasuk penduduk di kawasan berhampira­n projek mendapat perhatian utama.

Pemandu dinasihat untuk lebih berhati-hati dan tidak memandu laju ketika melalui laluan ini.

Selain itu, orang awam dinasihat untuk tidak memasuki kawasan projek. Untuk pertanyaan dan maklum balas sila hubungi talian hotline projek 017-2705855.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia