Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan baharu persekutua­n diharap beri keutamaan terhadap ekonomi Bumiputera

-

KUCHING: Kerajaan baharu persekutua­n diharap akan terus memberi keutamaan terhadap agenda ekonomi Bumiputera khasnya kepada komuniti perniagaan Bumiputera di Sarawak.

Presiden Dewan Usahawan Bumiputera S a r a w a k ( D U B S ) Datuk Abang Helmi Ikhwan berkata, ia sebagai kesinambun­gan kepada usaha yang ditumpukan kerajaan terdahulu.

“Kami warga perniagaan Bumiputera di Sarawak mengucap tahniah kepada Tun Dr Mahathir Mohammad atas kejayaan dalam Pilihan Raya Umum Ke- 14.

“Sebagai komuniti perniagaan yang mulai berkembang dan menempa sedikit kem a j u a n , k a m i b e r - harap kerajaan baharu persekutua­n akan tetap memberi keutamaan kepada agenda ekonomi Bumiputera seperti yang difokuskan oleh kerajaan sebelum ini,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, kelmarin.

Kelmarin, Tun Dr Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri buat kali kedua susulan kemenangan besar Pakatan Harapan yang memenangi 113 kerusi Parlimen berbanding Barisan Nasional 79 kerusi, PAS ( 18), Warisan ( 8), Bebas ( 3) dan Parti Solidariti Tanah Airku ( 1).

Menurut Abang Helmi, apa yang dibimbangi kini ialah ketidakpas­tian dalam dasar ekonomi Bumiputera pada tempoh peralihan ini.

“Kami dapati agenda ekonomi Bumiputera di Sarawak telah dirancang dan dilaksanak­an dengan baik dan komitmen tinggi oleh agensi- agensi kerajaan pusat seperti TERAJU, MATRADE, SME Corp, PUNB, Credit Guarantee Corporatio­n dan lain- lain.

“Kami amat berharap p e n g l i b a t a n s e m u a agensi kerajaan persekutan akan berterusan, malah bertambah demi untuk memajukan perniagaan Bumiputera di Sarawak,” katanya.

 ??  ?? ABANG HELMI
ABANG HELMI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia