Utusan Borneo (Sarawak)

PM S’pura harap dapat berjumpa Tun M ‘dalam waktu terdekat’

-

SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong berharap dapat berjumpa dengan rakan sejawatann­ya yang baharu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ‘ dalam tempoh terdekat’.

Dalam catatan terbarunya di Facebook, Lee berkata beliau telah menelefon Dr Mahathir pagi ini untuk mengucapka­n tahniah kepadanya atas pelantikan sebagai perdana menteri Malaysia.

“Beliau sibuk mengadakan perjumpaan untuk pelan- tikan Kabinetnya! Saya mengucapka­n yang terbaik kepada beliau dan kerajaanny­a dan berhadap dapat berjumpa beliau secara peribadi dalam masa terdekat sama ada di KL atau di Singapura,” kata Lee dan mengakhiri catatannya dengan singkatan LHL.

Catatan beliau dilampirka­n dengan gambar beliau bersama Dr Mahathir pada Rumah Terbuka Hari Raya di Johor Bahru pada Disember 2001, kira-kira 17 tahun lalu.

Pakatan Harapan yang diketuai Dr Mahathir memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14, Rabu lepas.

Beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7 keesokanny­a.

Daripada catatan itu, rakyat Singapura turut berkongsi sentimen kemesraan sambil berharap hubungan lebih erat terjalin dengan rakyat Malaysia.

“Amat berharap akan wujud lebih banyak inisiatif yang lebih baik antara kedua-dua negara pada masa hadapan,” komen Taury Chen terhadap catatan Lee itu.

Lim Kay Hwan, seorang lagi pengikut Facebook Lee, memberikan komen terhadap gambar yang dikongsika­n perdana menteri itu,

“Sekeping gambar sejarah yang baik 20 tahun lalu... untuk mengingatk­an mereka berdua tentang pertemuan persahabat­an mereka.

“Melangkah ke depan, diharapkan mereka meneruskan usaha untuk kebaikan kedua-dua negara yang hanya terpisah oleh geografi,” ulas Lim. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia