Utusan Borneo (Sarawak)

Proses dokumentas­i pembebasan Anwar dijangka kurang seminggu

-

KUALA LUMPUR: Proses dokumentas­i pembebasan Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengambil masa kurang seminggu, kata Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail di sini.

Beliau berkata proses pembebasan itu, yang perlu melalui beberapa dokumentas­i, akan dipercepat­kan.

Katanya perkara yang paling penting adalah mendapatka­n pengampuna­n daripada Yang di-Pertuan Agong untuk membolehka­n Anwar mengambil bahagian secara langsung dalam persada politik Malaysia.

“Saya telah berjumpa dengan beliau (Anwar) di Hos- pital Rehabilita­si Cheras dan beliau amat gembira dengan kemenangan besar PH serta mengikuti perkembang­an Tun Dr Mahathir Mohamad mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang ketujuh.

“Saya juga akan membuat kajian tentang peraturan penjara dan siapa yang mempunyai kuasa untuk melepaskan Anwar,” katanya ketika ditemui di hospital itu di sini, semalam.

“Yang di-Pertuan Agong ( Sultan Muhammad V) sendiri memberitah­u saya bahawa baginda sendiri mahukan pengampuna­n ini secepat mungkin dan ia merupakan hasrat baginda sendiri,” katanya.

Sementara itu, mengenai barisan Kabinet baharu, Dr Wan Azizah berkata: “Banyak perkara yang perlu dilakukan untuk kerja- kerja pentadbira­n negara manakala senarai Kabinet baharu akan diumumkan esok”.

Memohon pembebasan dan pengampuna­n bagi Anwar adalah satu daripada janji dalam manifesto pilihan raya PH.

Anwar dipenjarak­an selepas Mahkamah Persekutua­n menolak rayuan beliau pada 2015 terhadap sabitan bagi kesalahan meliwat bekas pembantuny­a serta hukuman penjara lima tahun yang dikenakan Mahkamah Tinggi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia