Utusan Borneo (Sarawak)

PH bentuk kerajaan di Kedah, Mukhriz dilantik MB

-

ALOR SETAR: Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan negeri di Kedah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir semalam dilantik sebagai Menteri Besar Kedah yang ke-13.

Mukhriz, 53, yang juga pengerusi PH Kedah melafazkan sumpah memegang jawatan itu di hadapan Sultan Kedah Sultan Sallehuddi­n Ibni Almarhum Sultan Badlishah pada majlis yang berlangsun­g di Balairung Seri Kecil, Istana Anak Bukit di sini.

Turut berangkat pada istiadat itu ialah Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff dan Raja Muda Kedah Datuk Tengku Sarafuddin Badlishah Sultan Sallehuddi­n.

Berangkat sama Tunku Bendahara Kedah Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah, Tunku Temenggung Kedah Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Tunku Laksamana Kedah, Datuk Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddi­n.

Isteri Mukhriz, Tok Puan Norzieta Zakaria serta pimpinan PH negeri hadir sama.

Pelantikan Mukhriz semalam sekali gus menamatkan penantian rakyat Kedah selama beberapa hari apabila pembentuka­n kerajaan negeri Kedah sebelum ini tergantung selepas tiada mana-mana parti atau pakatan yang mendapat majoriti mudah yang diperlukan iaitu 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 9 Mei. — Bernama

Datuk Takiyuddin Hassan Setiausaha Agung PAS

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata keputusan bagi pembentuka­n kerajaan campuran daripada 10 Ahli Majlis Jawatankua­sa Negeri (Exco) dipilih daripada kalangan ADUN yang beragama Islam.

“Kalau tiada pihak yang bersetuju dengan syarat ini PAS tidak akan menyertai penubuhan kerajaan campuran di Perak dan akan kekal sebagai pembangkan­g,” katanya kepada pemberita di sini semalam. Turut hadir Ketua Penerangan PAS Pusat Nasruddin Hasan Tantawi.

Takiyuddin berkata ketika ini kerajaan negeri Perak tidak dapat dibentuk kerana tiada sebarang parti yang mencapai majoriti mudah 30 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU14 Rabu lepas yang membolehka­n parti itu menubuhkan kerajaan negeri. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? ANGKAT SUMPAH: Mukhriz mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah di hadapan Sultan Sallehuddi­n Sultan Badlishah pada Istiadat Pelantikan dan Angkat Sumpah Menteri Besar Kedah di Balairung Seri Istana Anak Bukit semalam.
— Gambar Bernama ANGKAT SUMPAH: Mukhriz mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah di hadapan Sultan Sallehuddi­n Sultan Badlishah pada Istiadat Pelantikan dan Angkat Sumpah Menteri Besar Kedah di Balairung Seri Istana Anak Bukit semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia