Utusan Borneo (Sarawak)

Kurang 24 jam untuk PH dan BN buktikan miliki majoriti mudah

-

IPOH: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memberikan tempoh sehingga hari ini kepada Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional ( BN) untuk membuktika­n bahawa mereka mempunyai 30 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membentuk kerajaan negeri.

Ahli Dewan Negara Perak Datuk Seri Mohd Annuar Zaini berkata BN diberi masa sehingga pagi ini manakala PH sehingga jam 2 petang ini untuk membuktika­n keduadua parti mempunyai 30 kerusi DUN.

“Mengikut laporan rasmi Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) Pakatan Harapan mempunyai 29 kerusi jadi Sultan Nazrin menawarkan pilihan pertama untuk pakatan itu menubuhkan kerajaan dengan syarat ada majoriti mudah 30 kerusi.

“Bagaimanap­un, pagi tadi ( semalam) pejabat Sultan menerima surat daripada BN memaklumka­n mereka ada majoriti mudah iaitu 27 kerusi DUN BN dan tiga kerusi DUN PAS.

“Daripada surat itu dinyatakan setuju tubuh satu kerajaan bersama BN. Bagaimanap­un Sultan mahu kesahihan kandungan surat itu dan meminta BN membawa bukti dan sokongan 30 ADUN pagi esok (hari ini),” katanya kepada pemberita di luar Istana Kinta di sini semalam.

Untuk menubuhkan kerajaan negeri sesebuah parti memerlukan majoriti mudah sebanyak 30 kerusi daripada 59 kerusi DUN yang ada.

Mengulas lanjut, Mohd Annuar berkata sekiranya PH tidak dapat membuktika­n mereka mempunyai majoriti mudah, Sultan Nazrin tidak akan menangguhk­an pembentuka­n kerajaan petang esok.

“Sultan perlu berpan- dukan perlembaga­an,” katanya.

Terdahulu, kepimpinan Pakatan Harapan negeri terdiri daripada Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming; Pengerusi AMANAH Perak Asmuni Awi; Pengerusi PKR Perak Dr Muhammad Nor Manuty dan Pengerusi Pakatan Harapan Perak Ahmad Faizal Azumu mengadakan pertemuan dengan Sultan Nazrin.

Kesemua mereka memasuki pekarangan istana kira-kira jam 3.25 petang semalam dan keluar setengah jam kemudian. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BINCANG: Pengerusi Amanah Perak Asmuni Awi keluar dari Istana Kinta sempena Pengerusi Parti-Parti Komponen Pakatan Harapan Negeri menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah semalam.
— Gambar Bernama BINCANG: Pengerusi Amanah Perak Asmuni Awi keluar dari Istana Kinta sempena Pengerusi Parti-Parti Komponen Pakatan Harapan Negeri menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia