Utusan Borneo (Sarawak)

Guna platform lebih besar seperti media, teguran boleh dijawab

-

MELAKA: Kerajaan Melaka sedia menerima teguran bagi memastikan kerajaan itu dapat memberi perkhidmat­an terbaik kepada rakyat, kata Ketua Menteri Adly Zahari.

Beliau berkata sebagai sebuah kerajaan dibentuk oleh rakyat melalui sistem demokrasi, kerajaan Melaka bersedia menerima dan menjawab segala teguran rakyat dengan baik supaya rakyat faham apa dilaksanak­an demi kebaikan mereka.

“Persoalann­ya bagaimana kita mahu menerima dan menjawab teguran itu terutama jika melibatkan berita tidak sahih dan sebagainya.

Kerajaan sememangny­a boleh ditegur oleh rakyat, tetapi dengan platform lebih besar seperti media dan sebagainya, ini semua boleh dijawab.

“Jika kita telus (melalui platform ini) boleh menjawab teguran itu. Kalau kita lakukan kesilapan kita perlu akui kesilapan, kemudian akan perbetul kesilapan- kesila- pan tersebut,” katanya pada sidang akhbar di Seri Negeri di sini semalam.

Terdahulu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil itu mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-11 di hadapan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Khalil Yaakob di sini, semalam.

Sementara itu, Adly yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Melaka, berkata beliau bersama pemimpin pakatan tersebut dijangka memuk- tamad dan mengumumka­n barisan exco kerajaan Melaka pada Isnin ini.

Beliau berkata tiada pertambaha­n bilangan exco kerajaan negeri dilakukan, malah mempertimb­ang untuk mengurangk­an jumlah itu yang sebelum ini 11 jawatan termasuk ketua menteri.

“Ada peraturan jumlah dan bilangan (exco), kita ambil kira untuk memaksimak­an tanggungja­wab, tugas dan sebagainya.. kondisi yang efektif,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata penjawat awam kerajaan Melaka tidak seharusnya bimbang tentang kedudukan mereka kerana apa yang berubah sekarang adalah barisan kepimpinan kerajaan, dan bukan struktur pentadbira­n kerajaan itu.

“Buang dalam pemikiran kita perasaan takut, risau... itu semua, apa yang penting sekarang kita bekerja sebagai sebuah pasukan untuk beri yang terbaik untuk rakyat,” katanya.

Ditanya tentang status projek-projek kerajaan sebelum ini termasuk pelaburan asing, Adly berkata semakan akan dilakukan terhadap semuanya bagi memastikan ia dapat memberi kesan positif kepada rakyat. — Bernama

 ??  ?? ADLY
ADLY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia