Utusan Borneo (Sarawak)

Proses peralihan kuasa aman, bukti demokrasi terpelihar­a SPR sudah laksana tanggungja­wab dengan telus, adil dan saksama

-

PUTRAJAYA: Proses peralihan kerajaan secara aman dan teratur dengan tertubuhny­a kerajaan baharu yang mendapat mandat rakyat, diterajui Pakatan Harapan (PH) menyaksika­n amalan demokrasi matang terus subur dan terpelihar­a di negara ini.

Pengerusi Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata SPR sudah melaksanak­an tanggungja­wabnya dengan telus, adil dan saksama dalam mengendali­kan proses Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lalu, sebagaiman­a diamanahka­n oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

“Keputusan rasmi PRU-14 juga telah dipersemba­hkan kepada Yang di- Pertuan

SPR dengan ini merakamkan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri Ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilantik bagi memimpin dan mentadbir kerajaan persekutua­n.

Agong semalam (kelmarin),” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Mohd Hashim berkata walaupun dilemparka­n dengan pelbagai tohmahan, SPR tetap berpegang sebagai sebuah badan bebas yang berkecuali dalam memastikan amalan demokrasi kekal terpelihar­a.

Beliau berkata jumlah peratusan pemilih yang keluar mengundi pada PRU14 lalu adalah 82.32 peratus ( 12,299,514 orang) daripada jumlah keseluruha­n pemilih berdaftar sebanyak 14,940,624 orang.

“SPR dengan ini merakamkan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri Ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilantik bagi memimpin dan mentadbir kerajaan persekutua­n.

“SPR juga mengucapka­n tahniah kepada semua kerajaan negeri yang telah menerima mandat rakyat untuk memerintah dan mentadbir negeri masing-masing,” katanya.

Beliau berkata SPR juga mengucapka­n terima kasih kepada semua pihak khususnya petugas pilihan raya, Polis Diraja Malaysia, jabatan dan agensi kerajaan, calon pilihan raya, pengundi, media dan lain-lain pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memastikan penjalanan proses PRU14 dilaksanak­an dengan lancar, aman dan telus. — Bernama

Tan Sri Mohd Hashim Abdullah Pengerusi SPR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia