Utusan Borneo (Sarawak)

Mustapa harap kerajaan persekutua­n baharu bersikap adil terhadap Kelantan

-

KOTA BHARU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berharap kerajaan persekutua­n baharu yang dipimpin Pakatan Harapan (PH) akan bersikap adil terutama dalam aspek pembanguna­n negeri itu.

Mustapa, yang juga Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Kelantan berkata ketika BN memerintah, kerajaan persekutua­n ketika itu tidak menganakti­rikan Kelantan dengan menyalurka­n pelbagai peruntukan dan projek bagi menjana pertumbuha­n ekonomi negeri berkenaan.

“Projek-projek yang diluluskan oleh kerajaan sebelum ini seperti projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan terletak di tangan kerajaan baharu tapi saya rasa projek lama yang diluluskan dan sedang dijalankan akan diterus- kan kerana peruntukan telah diluluskan.

“Saya berharap agar kerajaan baharu akan bersikap adil terhadap Kelantan kerana kita mundur dari segi pembanguna­n. Projek yang diluluskan sebelum ini adalah untuk rakyat,” katanya pada sidang media pertama selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di Bangunan UMNO Kelantan semalam.

Terdahulu, beliau mengadakan pertemuan dengan Badan Perhubunga­n UMNO Kelantan dan calon- calon BN yang bertanding pada PRU14.

Ditanya adakah BN akan bekerjasam­a dengan PAS sebagai pembangkan­g selepas ini, Mustapa berkata ia terserah kepada pucuk pimpinan parti walaupun beberapa kerjasama terutama membabitka­n hubungan antara persekutua­n dan negeri telah berlangsun­g sebelum ini, selain membabitka­n hal berkaitan Islam.

“Dalam politik belum ada pertemuan dan belum ada apa-apa usaha atau inisiatif ke arah itu,” katanya.

Mustapa berkata BN akan menjadi kumpulan pendesak terhadap kerajaan baharu pimpinan PH yang menjanjika­n pelbagai perkara dalam manifesto mereka sebelum ini.

Beliau turut mengucapka­n tahniah kepada PAS yang kekal memerintah Kelantan pada penggal ini.

Katanya BN akan menggunaka­n penggal ini untuk bermuhasab­ah namun dalam masa yang sama akan terus istiqamah dalam mengembali­kan semula perjuangan untuk agama, bangsa dan negara. — Bernama KUALA LUMPUR: Polis menasihatk­an orang ramai untuk menerima dan menghormat­i keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) serta tidak menimbulka­n provokasi terhadap manamana pihak.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim dalam satu kenyataan se- malam meminta orang ramai memberikan kerjasama dengan tidak menularkan sebarang spekulasi atau khabar angin yang boleh menjejaska­n ketenteram­an awam.

“Pihak polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sewajarnya berdasarka­n peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya.

Mazlan, yang mewakili Polis Kuala Lumpur, mengucapka­n jutaan terima kasih atas kerjasama orang ramai dan penyokong parti politik yang mematuhi undang-undang serta arahan pihak polis sepanjang berlangsun­gnya PRU14 yang telahpun selesai dalam keadaan yang baik serta terkawal.

Pada fasa pasca PRU14 ini, seramai 2,533 pegawai dan anggota polis telah ditempatka­n di semua daerah Kuala Lumpur bagi memastikan keadaan keselamata­n dan ketenteram­an awam pada tahap tertinggi serta tiada sebarang anasir-anasir buruk berlaku, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia