Utusan Borneo (Sarawak)

Hamburg bakal cipta sejarah dengan penyingkir­an dari Bundesliga

-

HAMBURG: Gergasi Jerman yang tumbang, Hamburg, mungkin akan tersingkir daripada liga utama Bundesliga buat pertama kali dalam sejarah mereka pada malam ini (Sabtu).

Sebuah jam dalam Volksparks­tadion mereka dengan bangga mempamerka­n berapa lama Hamburg sudah berada dalam Bundesliga – mereka merupakan satu-satunya kelab yang sentiasa ada dalam liga utama sejak divisyen berkenaan diasas pada 1963. Bayern Munich yang kuat sekarang hanya sebuah kelab divisyen kedua ketika itu.

Namun rekod Hamburg yang membanggak­an itu kini dalam bahaya yang serius.

Pada kedudukan dua tercorot selepas mengutip hanya 28 mata sahaja daripada 33 perlawanan, kelab itu mesti menewaskan Borussia Moenchengl­adbach di stadium sendiri pada hari terakhir musim dan berharap Wolfsburg, yang berada satu tempat dan dua mata di atas mereka, tewas di stadium sendiri kepada Cologne yang sudah tersingkir ke liga bawah.

“Dari segi matematik, peluang adalah tipis, tetapi dalam bola sepak, banyak perkara boleh berlaku,” kata jurulatih Hamburg, Christian Titz.

“Ramai orang di Hamburg akan menjadi peminat Cologne pada Sabtu.”

Penyokong Hamburg begitu terdesak untuk mendapatka­n keputusan yang betul pada malam ini sehinggaka­n bertong-tong bir telah dijanjikan, menerusi Twitter, kepada Cologne jika mereka menewaskan Wolfsburg.

Matlamat adalah untuk menduduki tempat ke- 16, yang bermakna buat kali ketiga dalam tempoh lima tahun, Hamburg akan berdepan dengan perlawanan playoff untuk menentukan kelab yang tersingkir, kali ini menentang Holstein Kiel, yang menduduki tempat ketiga dalam divisyen kedua di Jerman.

Nasib mereka sekarang amat berbeza sekali daripada zaman kegemilang­an mereka.

Bintang England, Kevin Keegan, dengan rambutnya yang dikeriting, pindah ke Hamburg dari Liverpool untuk harga rekod ketika itu 500,000 pound (RM2.75 juta) pada 1977, dan menjadi bintang asing pertama dalam Bundesliga.

Keegan begitu cemerlang di pelabuhan utara Jerman itu yang sibuk dan dipilih sebagai pemain terbaik Eropah pada 1978 dan 1979.

Dia menjaringk­an 17 gol ketika Hamburg memenangi kejuaraan Bundesliga buat pertama kali pada 1978-79.

Kemudian pada zaman 1980an, jurulatih legenda dari Austria, Ernst Happel, mengemudi Hamburg untuk menang dalam Piala Eropah 1983, apabila Felix Magath menjaringk­an gol dalam kemenangan 1-0 ke atas Juventus di Athens.

Hamburg turut memenangi kejuaraan Jerman pada musim 1981-82 dan musim 1982-83. Tetapi tiada piala yang signifikan yang pernah pergi ke kelab itu sejak mereka menjulang Piala Jerman pada 1987.

Sejak Angela Merkel menjadi canselor Jerman pada 2005, 18 orang jurulatih telah gagal untuk membawa kejayaan, atau malah kestabilan.

Musim ini ternyata buruk sekali, dengan tiga jurulatih sejak Januari. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SITUASI KIAN GETIR: Gambar yang diambil pada 30 April 1979 ini menunjukka­n Kevin Keegan (kiri) beraksi bersama Hamburg ketika menentang Lisboa di Colombes.
— Gambar AFP SITUASI KIAN GETIR: Gambar yang diambil pada 30 April 1979 ini menunjukka­n Kevin Keegan (kiri) beraksi bersama Hamburg ketika menentang Lisboa di Colombes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia