Utusan Borneo (Sarawak)

Khairul Hafiz harap kekal konsisten pada Sukan Asia 2018

-

KUALA LUMPUR: Pelari terpantas Asia Tenggara, Khairul Hafiz Jantan mahu menggunaka­n Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia ke-95 sebagai medan untuk mengekalka­n konsisten menjelang Sukan Asia JakartaPal­embang 2018 yang dijadual berlangsun­g pada Ogos depan.

Juara Sukan SEA acara 100m berusia 19 tahun itu, akan beraksi bagi saingan 100m pada Jumaat dan 200m hari berikutnya pada kejohanan bakal berlangsun­g di Stadium Nasional, Bandar Sukan Kuala Lumpur itu, berharap dapat memperbaik­i catatan terbaiknya dalam acara 100m dengan 10.34s yang dilakukan, Mac lepas.

“Sukan Komanwel yang berlangsun­g baru-baru ini menjadi pengajaran berguna, dan saya akan beraksi pada kejohanan di sini bagi memperbaik­i catatan masa untuk menghadapi Sukan Asia di Jakarta,” katanya dalam kenyataan kelmarin.

Khairul Hafiz yang mencatat rekod kejohanan dan kebangsaan dengan masa 20.90s pada kejohanan berkenaan tahun lepas dalam acara 200m, memadamkan rekod Tan Sri Dr M. Jegathesan berusia 49 tahun dengan catatan 20.92s, juga memegang rekod kebangsaan acara 100m dengan catatan 10.18s yang dilakukan pada Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2016.

Sementara itu, Presiden Perse- kutuan Olahraga Malaysia (MAF) Datuk Karim Ibrahim menjangkak­an atlet negara bakal berdepan tentangan sengit pada kejohanan tiga hari itu, berikutan penyertaan lapan negara termasuk Kuwait, Korea Selatan, Jepun, Jordan, Filipina dan gergasi Asia Tenggara, Thailand dan Singapura.

“Kejohanan ini dianjurkan dengan berskala besar tahun ini, dan juga buat kali pertama disiarkan secara langsung di Astro Arena. Atlet terbaik di Malaysia akan bersaing dari Jumaat sehingga Ahad ini, bukan sahaja sesama mereka, tetapi juga berdepan atlet daripada lapan negara yang dijemput. Saya berharap kejohanan ini semakin berkembang,” katanya.

Karim berkata beberapa nama besar di Malaysia dalam acara trek dan balapan akan bersaing pada kejohanan itu, yang turut memberi peluang kepada mereka mencapai tahap kelayakan ke Sukan Asia, selepas prestasi kurang memuaskan pada Sukan Komanwel baru-baru ini.

Selain Khairul Hafiz, atlet terbaik Malaysia yang lain bakal beraksi pada kejohanan itu termasuk atlet lompat tinggi, Lee Hup Wei dan Nauraj Singh Randhawa; atlet acara lontar tukul besi, Jackie Wong, atlet lompat berpagar Rayzam Shah Wan Sofian dan atlet lompat jauh Abdul Latiff Romly. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia