Utusan Borneo (Sarawak)

Roma tekad leburkan harapan Juve julang trofi liga

-

MILAN: Juventus mahu menjulang kejuaraan liga ketujuh berturut-turut di Stadio Olimpico pada malam esok (Ahad) tetapi pasukan lawan Roma pasti ingin sekali merosakkan parti dan menjamin tempat dalam Liga Juara-Juara.

Juventus yang cemerlang memenangi Piala Itali keempat berturut- turut dengan kemenangan 4- 0 ke atas AC Milan di Rom pada pertengaha­n minggu, dan memerlukan hanya satu mata sahaja untuk menambah piala Scudetto bagi melengkapk­an kejuaraan berganda untuk tahun keempat berturut-turut.

“Piala Scudetto belum milik kami lagi tetapi kami berada di landasan yang betul. Kami sudah dekat,” kata penjaga gol legenda Gianluigi Buffon yang mencapai mercu tanda 300 perlawanan tanpa dibolosi gol untuk Juventus dalam 655 penampilan pada Rabu lepas.

Roma, di tempat ketiga, memerlukan hanya satu mata sahaja untuk memastikan mereka bermain dalam bola sepak utama di Eropah pada musim akan datang kerana mereka ada kelebihan empat mata ke atas Inter Milan di tempat kelima dalam perebutan untuk memasuki kelompok empat teratas dengan baki dua perlawanan lagi.

“Bermain untuk keputusan seri bukan matlamat saya,” kata jurulatih Roma, Eusebio Di Francesco. “Ada memasuki padang untuk menang.

“Perlawanan boleh berakhir dengan keputusan seri, tetapi saya tidak suka bercakap mengenai pindaan susunan.

“Saya boleh memberi jaminan kepada anda bahawa saya akan cuba meyakinkan pemain saya bahawa kami memerlukan kesemua tiga mata.”

Bagaimanap­un jika Inter Milan tewas pada malam ini (Sabtu) di tempat sendiri kepada Sassuolo, maka empat kedudukan teratas akan disahkan bagi Roma. Lazio, di tempat keempat dua mata di belakang Roma, bertandang ke Crotone, yang berada dua mata di atas zon penyingkir­an.

Tidak kira apa pun, matlamat Di Francesco adalah untuk menangguhk­an parti Juventus selama seminggu lagi dan menghantar pulang juara itu ke Turin bagi melengkapk­an kejuaraan berganda dalam perlawanan terakhir mereka menentang Verona yang sudah tersingkir.

Perlawanan di Turin itu mungkin juga persembaha­n terakhir bagi Buffon, 40, yang sudah menyatakan dia akan bersara pada hujung musim ini.

Napoli di tempat kedua bertandang ke Sampdoria dengan cita- cita mereka sekarang rekod mata kelab pada musim ini selepas mereka menyerahka­n kejuaraan kepada Juventus pada minggu lepas ekoran keputusan seri 2-2 dengan Torino.

Di bawah kumpulan yang mendahului, tiga buah pasukan terlibat dalam pertarunga­n untuk tempat terakhir dalam Liga Europa.

AC Milan, di tempat keenam, telah menaruh harapan untuk memenangi Piala yang akan menjamin tempat bagi mereka dalam fasa kumpulan Liga Europa.

Sebaliknya pasukan Gennaro Gattuso berdepan dengan perlawanan langsung di kelab seteru di Eropah, Atalanta, sementara mereka pulih daripada kesilapan mereka yang memberikan Piala kepada Juventus.

Atalanta berada satu mata di belakang Milan di tempat ketujuh, manakala Fiorentina, yang akan menentang pasukan Gattuso pada hari terakhir musim ini, dua mata lagi di belakang, akan menerima kunjungan Cagliari yang diancam penyingkir­an. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SASAR PIALA SCUDETTO: Pasukan Juventus meraikan kejayaan mereka menjulang trofi Piala Itali selepas menumpaska­n AC Milan pada perlawanan akhir, 9 Mei lalu.
— Gambar AFP SASAR PIALA SCUDETTO: Pasukan Juventus meraikan kejayaan mereka menjulang trofi Piala Itali selepas menumpaska­n AC Milan pada perlawanan akhir, 9 Mei lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia