Utusan Borneo (Sarawak)

Kisah cinta Putera Harry & Meghan didramakan oleh Lifetime TV

-

SEJURUS selepas Putera Harry dari Britain dan aktres Amerika Syarikat (AS) Meghan Markle mengumumka­n pertunanga­n mereka pada November lalu, eksekutif di rangkaian televisyen kabel AS Lifetime mula bertindak.

Dalam masa dua minggu, skrip pertama ditulis untuk ‘Harry & Meghan: A Royal Romance’, sebuah drama mengenai percintaan mereka yang akan mengadakan tayangan perdana pada 13 Mei ini sebagai permata mahkota pada minggu pengaturca­raan Lifetime sebelum perkahwina­n diraja diadakan pada 19 Mei di England.

Dibintangi pelakon dari Scotland, Murray Fraser, sebagai Harry dan Parisa Fitz-Henley dari AS sebagai Markle, filem televisyen ini berdasarka­n peristiwa yang diketahui dalam percintaan pasangan itu hampir dua tahun, termasuk penampilan mereka bersama, ucapan awam Merkle dan tulisan dari blog gaya hidupnya yang lama, The Tig. Ia juga memasukkan adegan yang dibayangka­n, termasuk ‘blind date’ pertama mereka, satu pertikaian pendapat, satu babak romantik, lamaran Harry dan acara dengan anggota penting dalam kerabat diraja Britain, termasuk mendiang Puteri Diana; kekanda Harry, Putera William; isteri William, Kate Middleton, Putera Charles dan Ratu Elizabeth. “Drama begitu banyak dalam cerita sebenar sehinggaka­n kami tidak perlu mereka banyak cerita,” kata penulis bersama, Terrence Coli.

Dibuat kebanyakan­nya di Toronto, di mana Markle berpangkal­an ketika dia membuat penggambar­an bagi siri TV ‘Suits’, pembuat filem itu berkata filem TV itu didorong oleh kemesraan dan kekaguman bagi pasangan itu. Ia menyusuli biopik Lifetime yang dibuat untuk perkahwina­n William dan Kate pada 2011.

“Salah satu sebab kenapa kita amat menyukai mereka ialah kerana mereka adalah kuasa yang menyatukan pada waktu yang sangat berpecah-belah,” kata salah seorang penulis, Scarlett Lacey.

Fraser, yang perlu berhenti bercakap dengan loghat Scottish yang pelat untuk membawa watak Harry, berkata dia tidak mahu membawa watak yang sekadar meniru putera berambut kuning muda yang tinggi itu.

“Saya benar-benar mahu melihatnya sebagai seorang manusia yang kebetulan adalah putera,” kata Fraser.

Fitz-Henley berkata dia melihat Markle sebagai “contoh keyakinan yang amat baik sekali”.

Markle dan Harry tidak dirujuk ketika filem itu dibuat, tetapi penerbit berkata pasangan itu tahu mengenainy­a dan penerbit berharap mereka akan menontonny­a.

“Kita mengagumi mereka sebagai satu pasangan, jadi kita harap mereka akan menontonny­a dan mereka berpendapa­t ia lucu dan manis,” kata Michele Weiss, salah seorang penerbit eksekutif. — Reuters

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia