Utusan Borneo (Sarawak)

Tujuh mayat ditemui di rumah luar bandar Australia: Polis

-

PERTH: Empat kanak-kanak dan tiga orang dewasa ditemui mati semalam di sebuah rumah luar bandar berhampira­n wilayah wain Margaret River di barat Australia, dalam apa yang kelihatan seperti pembunuhan dan membunuh diri dengan dua senjata ditemui berhampira­n.

Polis berkata mereka telah memberi respons kepada satu panggilan telefon awal pagi dan tiba di sana serta menemui “insiden dahsyat” di pekan kecil Osmington berhampira­n kawasan penanaman wain terkenal di dunia, di selatan Perth.

Lima mayat ditemui di dalam sebuah rumah dan dua di luar.

Beberapa detektif homisid telah menyiasat namun polis tidak mencari seorang suspek – membayangk­an ia adalah satu tindakan pembunuhan dan membunuh diri.

“Saya hanya boleh menyatakan pada masa sekarang, kami tidak mempunyai maklumat untuk menimbulka­n kebimbanga­n mengenai isu keselamata­n awam yang lebih meluas,” kata pesuruhjay­a polis Australia Barat Chris Dawson.

“Kami masih belum menghubung­i mana- mana anggota keluarga yang lain pada masa sekarang, apa yang saya boleh sahkan adalah terdapat empat kanak-kanak dan tiga orang dewasa yang ditemui mati.”

Usia kanak-kanak tersebut tidak dinyatakan.

Dawson berkata kelihatan terdapat luka akibat tembakan, “namun saya tidak mahu untuk menyatakan lebih lanjut selain terdapat dua senjata api yang dikesan di tempat kejadian”.

Kejadian tembakan beramai-ramai adalah bukan biasa di Australia, yang mempunyai undang-undang senjata yang tegas. Semua senjata harus didaftarka­n, walaupun banyak yang tiba secara haram dari luar negara melalui sindiket terancang.

Sekiranya disahkan sebagai satu kejadian tembakan beramai-ramai, insiden itu akan menjadi yang terburuk di Australia sejak pembunuhan beramai- ramai pada 1996 yang menyebabka­n 35 orang terkorban di Port Arthur di Tasmania.

Adalah dipercayai bahawa mereka yang mati tinggal di dalam rumah tersebut, kirakira 10 minit pemanduan dari Margaret River, sebuah destinasi pelanconga­n popular yang terkenal dengan wain, aktiviti meluncur dan kecantikan alam semula jadinya.

Dawson menolak untuk mendedahka­n siapa yang telah memaklumka­n pihak polis, hubungan mereka dengan mangsa atau sama ada mereka telah mendengar bunyi tembakan.

“Kehilangan mana-mana nyawa adalah sesuatu yang tragik namun empat kanakkanak dan tiga orang dewasa, ini adalah satu tragedi yang nyata,” kata beliau, sambil menambah bahawa polis dan pakar lain akan berada di tempat kejadian untuk sekurangku­rangnya beberapa hari.

“Ini akan menjadi satu siasatan yang berskala sangat besar dan terperinci,” tambahnya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia