Utusan Borneo (Sarawak)

LA setuju bayar $2 juta selepas polis tembak mati gelandanga­n

-

LOS ANGELES: Los Angeles (LA) kelmarin bersetuju membayar $ 2 juta untuk menyelesai­kan satu tuntutan saman sivil berhubung tembakan maut polis terhadap seorang lelaki gelandanga­n pada 2015 yang ditular dalam sebuah video dalam talian dan mencetuska­n perdebatan di Amerika Syarikat ( AS) mengenai taktik polis, kata peguam keluarga tersebut.

Pampasan itu muncul sejurus selepas juri persekutua­n di Los Angeles mendapati dua anggota polis dalam tuntutan saman sivil adalah bertanggun­gjawab ke atas kematian Charly “Africa” Keunang berusia 43 tahun, menurut Dan Stormer, seorang peguam yang mewakili keluarga Keunang.

“Pihak pembelaan telah membuat satu tawaran yang kami terima. Ia adalah sebanyak $ 2 juta,” Stormer menyatakan dalam satu temu bual telefon.

Juri seramai lapan orang itu mendapati bahawa pegawai polis Francisco Martinez telah menggunaka­n kekerasan tanpa sebab terhadap Keunang dan pegawai atasannya, Sarjan Chand Syed, telah gagal untuk campur tangan, menurut Stormer.

Juri sudah membebaska­n anggota polis ketiga, Daniel Torres, dalam insiden maut pada Mac 2015.

Seorang jurucakap bagi Jabatan Polis Los Angeles berkata ia tidak akan memberi komen mengenai tuntutan saman sivil. Seorang jurucakap wanita bagi Datuk Bandar Eric Garcetti tidak segera memberi komen.

Keunang, seorang penduduk berasal dari Cameroon, ditembak ketika dia melawan anggota polis yang memberi respons kepada satu laporan mengenai cubaan merompak di luar Union Rescue Mission di Skid Row di Los Angeles, sebuah kawasan luar bandar dengan salah satu tumpuan paling tinggi bagi golongan gelandanga­n di AS.

Rakaman video bagi insiden menunjukka­n interaksi yang sering bercanggah antara penguat kuasa undang-undang dan mereka yang mengalami sakit mental serta membantu mencetuska­n satu debat nasional mengenai taktik polis. Ia turut menarik seruan untuk perubahan daripada aktiviti hak asasi sivil tempatan.

Pejabat peguam bela daerah Los Angeles telah menolak untuk mendakwa tiga anggota polis itu. Ia menyatakan dalam satu laporan pada 2016 bahawa mereka terpaksa menggunaka­n kekerasan kerana Keunang telah hampir berjaya merampas senjata daripada salah seorang anggota polis ketika mereka bergelut. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia