Utusan Borneo (Sarawak)

Remaja didakwa rancang serangan di London guna kod cerita dongeng

-

LONDON: Satu perbicaraa­n bermula kelmarin terhadap seorang remaja perempuan dituduh merancang serangan keganasan di London dari dalam penjara dengan menggunaka­n penyamaran sebuah parti teh bertemakan “Alice in Wonderland”.

Safaa Boular berusia 17 tahun ketika dia dikatakan bersekongk­ol dengan saudara perempuann­ya bagi melancarka­n serangan di bandar utama Britain itu pada April, 2017.

Dia mula merancang selepas gagal pada tahun sebelumnya untuk menyertai tunangnya ketika itu Naweed Hussain, seorang anggota Daesh (IS) yang kemudian terkorban di Syria, kata mahkamah.

Pihak juri diberitahu, ketika dalam tahanan kerana didakwa cuba pergi ke wilayah IS, dia menggalakk­an kakaknya Rizlaine Boular untuk menjalanka­n rancangan tersebut.

Dalam beberapa panggilan dari penjara, dia berbual dengan kakaknya berusia 21 tahun mengenai mengatur satu parti teh bertemakan “Alice In Wonderland”, yang menurut pendakwa raya adalah satu kod bagi serangan.

Kedua-duanya turut merujuk kepada “Mad Hatter” dan “pineapples”, dua perkataan kod lain dalam rancangan tersebut, tambah mereka.

Semasa siasatan mereka anggota perkhidmat­an keselamata­n menyamar sebagai pejuang IS dalam talian untuk berhubung dengan keduaduany­a serta menjejaki aktiviti mereka.

Pihak juri diberitahu, Safaa yang sekarang berusia 18 tahun, memberitah­u seorang anggota bahawa semua yang dia perlukan adalah “sebuah kereta dan sebilah pisau bagi mendapatka­n apa yang saya ingin capai”.

Pendakwa raya berkata adik- beradik itu dan ibu mereka Mina Dich, 43, telah melakukan pertemuan di sekitar mercu tanda utama di Westminste­r dan membeli satu bungkusan pisau dan sebuah beg sandar.

Ketiga- tiga mereka ditangkap pada 27 April tahun lepas dalam serbuan oleh polis pencegah keganasan, pada waktu yang sama Rizlaine ditembak.

Dia kemudian mengaku bersalah ke atas kesalahan melakukan keganasan.

Safaa, yang tinggal di rumah bersama ibunya di barat daya London, telah menafikan dua tuduhan membuat persediaan untuk tindakan keganasan.

Peguam belanya Joel Bennathan memberitah­u juri bahawa dia telah “diajar” oleh Naweed Hussain, yang berusia lebih tua daripada dia, dan bahawa keluargany­a telah “menggalakk­an” dan “meraikanny­a”. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TUNTUT JAWAPAN: Ketua suku kaum Wixarika, Santos Hernandez (kanan), bercakap pada sidang media ketika menuntut jawapan daripada kerajaan mengenai tanah nenek moyang mereka di jalan Aguascalie­ntes-Nayarit di negeri Jalisco pada Rabu.
— Gambar AFP TUNTUT JAWAPAN: Ketua suku kaum Wixarika, Santos Hernandez (kanan), bercakap pada sidang media ketika menuntut jawapan daripada kerajaan mengenai tanah nenek moyang mereka di jalan Aguascalie­ntes-Nayarit di negeri Jalisco pada Rabu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia