Utusan Borneo (Sarawak)

Amnesty selar hukuman mati remaja Sudan bunuh perogol

-

KHARTOUM: Kumpulan hak asasi manusia Amnesty Internatio­nal kelmarin menyelar hukuman mati yang dijatuhkan oleh mahkamah Sudan ke atas seorang remaja kerana membunuh suaminya yang merogolnya untuk mempertaha­nkan diri.

Noura Hussein Hammad, 19, dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah Sudan kerana membunuh lelaki yang dia dipaksa oleh bapanya untuk mengahwini­nya, kumpulan hak asasi manusia itu menyebut dalam satu kenyataan.

“Noura adalah mangsa dan hukuman ke atasnya adalah satu perbuatan kejam yang tidak dapat dibiarkan,” Timbalan Pengarah Serantau Amnesty Internatio­nal Seif Magango menyebut dalam kenyataan tersebut.

“Pihak berkuasa Sudan mesti membatalka­n hukuman yang amat tidak adil ini dan memastikan Noura mendapatka­n perbicaraa­n semula yang adil dan mengambil kira keadaan mitigasi.”

Noura dikahwinka­n tanpa kerelaanny­a kepada Abdulrahma­n Hammad pada usia 16 tahun, dan upacara perkahwina­n pertama melibatkan menanda- tangani kontrak perkahwina­n antara bapanya dan suaminya, kata Amnesty Internatio­nal.

Pada April 2017 bahagian kedua upacara perkahwina­n berlangsun­g apabila Noura untuk berpindah ke rumah suaminya selepas dia tamat pengajian di sekolah tinggi. Undang-undang Sudan membenarka­n kanakkanak melebihi usia 10 tahun untuk berkahwin.

Apabila dia enggan menyempurn­akan perkahwina­n mereka dengan hubungan seks, suaminya menjemput dua saudaranya dan seorang sepupu lelaki untuk membantuny­a merogol Noura, kata kumpulan hak asasi manusia itu.

“Pada 2 Mei 2017, ketigatiga lelaki menindih Noura sementara Abdulrahma­n merogolnya,” kata Amnesty Internatio­nal.

“Pada keesokan pagi, dia cuba merogolnya lagi tetapi dia berjaya lari ke dapur di mana dia mengambil pisau.

“Dalam pergelutan yang berlaku, Abdulrahma­n mengalami luka pisau yang membawa padah.”

Noura lari ke rumah keluargany­a selepas insiden itu tetapi bapanya menyerahka­nnya kepada polis, kata Amnesty Internatio­nal.

Sewaktu perbicaraa­nnya pada Julai 2017, mahkamah mendapati dia bersalah “melakukan pembunuhan dengan sengaja” selepas mengguna pakai undangunda­ng lapuk yang tidak mengiktira­f rogol dalam perkahwina­n, tambahnya.

“Hukuman mati itu adalah hukuman mutlak yang kejam, tidak berperikem­anusiaan dan memalukan dan untuk menggunaka­nnya ke atas seorang mangsa hanya mengetenga­hkan kegagalan pihak berkuasa Sudan untuk mengakui keganasan yang dia alami,” kata Magango.

Noura, yang menaruh impian untuk menjadi seorang guru, ditahan di sebuah penjara wanita sejak Mei 2017.

Sejak beberapa tahun lalu, aktivis hak wanita dan kanak-kanak semakin kerap berkempen untuk menentang perkahwina­n paksaan bagi gadis dan perkahwina­n gadis bawah umur, satu fenomena yang berleluasa di Sudan kerana undang-undang Sudan membenarka­n kanakkanak berusia lebih 10 tahun untuk berkahwin. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia