Utusan Borneo (Sarawak)

Gas Malaysia peruntuk perbelanja­an modal berjumlah RM190 juta tahun ini

-

KUALA LUMPUR: Pengedar gas asil, Gas Malaysia Bhd, memperuntu­kkan perbelanja­an modal berjumlah sehingga RM190 juta tahun ini, kata Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Ahmad Hashimi Abdul Manap.

Beliau berkata perbelanja­an modal itu yang lebih tinggi daripada RM170 juta yang diperuntuk­kan tahun lepas akan digunakan untuk mengembang­kan prasarana dan saluran paip ke kawasan baharu serta mengembang­kan kemudahan di kawasan sedia ada.

“Dengan pengembang­an itu, kami berharap akan ada banyak kawasan yang boleh dihubungka­n ke sistem rangkaian saluran paip,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan syarikat, di sini, semalam.

Ahmad Hashimi berkata peruntukan modal itu juga sejajar dengan rancangan syarikat itu untuk membelanja­kan RM500 juta bagi mengembang­kan prasarana dalam tempoh tiga tahun bermula tahun lepas.

Tahun lepas, hasil Gas Malaysia meningkat 32.1 peratus kepada RM5.35 bilion daripada RM4.05 bilion pada 2016 atas sokongan kenaikan 11.9 peratus dalam kuantiti gas yang dijual.

Mengenai Akses Pihak Ketiga (TPA), beliau berkata syarikat itu bekerjasam­a erat dengan pengawal selia, Suruhanjay­a Tenaga, sebagai persediaan bagi pelaksanaa­n peraturan tersebut.

Menurutnya, Gas Malaysia juga menggabung­kan dua syarikat untuk memohon lesen pengedaran dan perkapalan di bawah TPA.

“Kami mengambil tindakan yang perlu untuk memastikan pembinaan kapasiti bagi setiap perniagaan baharu, menyesuaik­an kepakaran dan pengalaman kami untuk berfungsi dengan lebih cekap dan kompetitif di bawah TPA,” katanya.

TPA adalah sistem yang membolehka­n pihak ketiga mengakses kemudahan gas yang mereka tidak miliki atau mengoperas­i dengan matlamat mewujudkan situasi di mana harga gas kepada pengguna akhir akan berdasarka­n kepada kesediaan pembeli dan penjual, dengan mengambil kira persaingan sihat dalam kalangan pembekal saingan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERUCAP: Dr Mahathir mengadakan sidang media khas, kelmarin. Turut hadir Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (duduk kanan) dan Presiden Parti AMANAH Negara Mohamad Sabu (duduk kiri).
— Gambar Bernama BERUCAP: Dr Mahathir mengadakan sidang media khas, kelmarin. Turut hadir Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (duduk kanan) dan Presiden Parti AMANAH Negara Mohamad Sabu (duduk kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia