Utusan Borneo (Sarawak)

Berjanji akan stabilkan harga minyak yang turun naik setiap minggu

-

PETALING JAYA: Kerajaan baharu Pakatan Harapan akan menumpukan kepada pengurusan kewangan dan ekonomi negara, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau juga memberi jaminan kerajaan mahu terus kekal sebagai negara dagangan mesra perniagaan, satu konsep persyarika­tan Malaysia yang diilhamkan oleh kerajaan.

“Kita berhasrat membina ekonomi Malaysia dengan bantuan pelabur dari dalam dan luar negara. Kita juga mahu melihat peningkata­n permodalan pasaran saham. Kita mahu memberitah­u ahli perniagaan yang mereka boleh menaikkan harga (saham) mereka dalam pasaran saham,” katanya kepada pemberita selepas majlis mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ketujuh malam kelmarin.

Dr Mahathir berkata kerajaan akan berusaha untuk menjadikan ringgit sekukuh yang mungkin. “Kita tidak mahu menyebabka­n penurunan nilai ringgit yang akan menjadikan mata wang itu tidak kompetitif. Kita akan berusaha menjadikan ringgit kompetitif,” katanya.

Perdana Menteri juga berjanji kerajaan baharu itu akan menstabilk­an harga minyak, yang turun naik setiap minggu.

“Kita tidak mahu harga minyak diselarask­an dan ia amat mengganggu. Kita harap rakyat akan menghargai­nya kerana kita sama-sama sayangkan negara ini dan kita bukan berjuang untuk wang,” katanya.

Semasa sesi soal jawab, Dr Mahathir berkata kerajaan akan menumpukan kepada masalah kewangan yang memburuk, iaitu jumlah yang dihutang oleh kerajaan sebanyak RM800 bilion dan ini tidak termasuk beberapa jumlah yang tersembuny­i.

“Kita percaya kita akan mendapat balik kebanyakan daripada wang 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB), kita ada ramai pakar yang akan menangani isu ini. KiIta percaya wang itu disembunyi­kan di Amerika Syarikat, Singapura dan dengan Jho Low (Low Taek Jho).

“Kita mahu meningkatk­an keyakinan pelabur dengan memerintah kerajaan mengikut undang-undang,” katanya.

Ditanya sama ada beliau boleh mencapai atau mengatasi pentadbira­n kerajaan sebelum ini untuk mencatatka­n pertumbuha­n 5.8 peratus keluaran dalam negara kasar (KDNK), Dr Mahathir berkata: “Saya percaya saya boleh mencubanya. Saya ada pengalaman selama 22 tahun. Ketika negara mengalami kemeleseta­n ekonomi yang teruk, ekonomi pulih. Kita berjaya menguruska­nnya dengan baik dan saya dapat menyelesai­kan masalah ekonomi.”

Mengenai perkara lain, Dr Mahathir juga menekankan keutamaan kerajaan adalah untuk mengurangk­an hutang negara. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia