Utusan Borneo (Sarawak)

UEM Edgenta akan labur RM40 juta dalam teknologi

-

PETALING JAYA: UEM Edgenta Bhd telah memperuntu­kkan kira-kira RM40 juta tahun ini untuk melabur dalam pelbagai platform teknologi sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatk­an margin dan menjimatka­n kos antara 20 hingga 30 peratus.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Azmir Merican berkata, peruntukan teknologi tahun ini adalah yang tertinggi dan termasuk automasi dan mekanisasi untuk membantu mengurangk­an lagi intensiti tenaga kerja dan masa yang dihabiskan untuk dokumen- tasi dan proses manual.

“Kami telah melabur dalam teknologi selama hampir dua tahun untuk mengubah cara kami menguruska­n hartanah dan bangunan kami dan telah terbukti dapat membantu kami memantau prestasi dalam masa nyata,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung Tahunan Ke-55 di sini, semalam.

Disokong oleh kunci kira- kira yang kukuh 0.35x penggearan kasar dan kedudukan tunai bersih sebanyak RM143.7 juta pada tahun kewangan 2017, Azmir berkata, syarikat itu seharusnya dapat membiayai pelan pengembang­an dan pertumbuha­n masa depan dan melainkan jumlahnya sangat besar, akan memerlukan pinjaman bank.

Sebagai syarikat penyelesai­an aset, beliau berkata, tumpuan pertumbuha­n akan disokong oleh projek sedia ada yang akan memberi pendapatan berulang, termasuk Lebuhraya Pan Borneo, jualan silang dalam perkhidmat­an penjagaan kesihatan dan kepelbagai­an hasil dan penyatuan bagi hartanah.

“Dari segi operasi dan organisasi ( proses), kami mengamalka­n kontrak berasaskan prestasi, merealisas­ikan sinergi di antara setiap sektor dari segi menggunaka­n sistem dan alat yang tepat serta menubuhkan Akademi Edgenta untuk orang-orang kami untuk memberikan perkhidmat­an lebih baik kepada semua pelanggan,” kata Azmir.

Secara keseluruha­nnya, syarikat itu telah memperuntu­kkan RM100 juta untuk perbelanja­an modal.

Sementara itu, mengulas mengenai keputusan Pilihanray­a Umum ke-14, beliau berkata, UEM Edgenta akan terus memberi tumpuan kepada perniagaan terasnya, membina teknologi yang lebih baik untuk bersaing dengan kuat dan berkembang menjadi lebih baik di Malaysia dan di luar negara.

“Sebagai sebuah negara, kita telah melalui proses pilihan raya yang baik. Bagi kita, kita perlu melihat di mana kita akan mendapat manfaat dan di mana risiko itu. Namun, secara asasnya, kami adalah syarikat perkhidmat­an penting dan tidak fikir apa-apa peralihan akan mengubah cara kami melakukan sesuatu,” tambah Azmir.

Sementara itu, syarikat itu mengumumka­n dasar dividen yang dipertingk­atkan sekurang-kurangnya 50 pera- tus dan sehingga 80 peratus nisbah pembayaran dividen berdasarka­n keuntungan selepas cukai dan kepentinga­n tanpa kawalan (PATANCI). Ia mewakili peningkata­n berbanding dengan nisbah pembayaran dasar sebelum ini sehingga 70 peratus.

Ini datang daripada perniagaan syarikat di sektor utama penjagaan kesihatan, infrastruk­tur dan hartanah.

Dengan fokus jelas dasar dividen yang mantap, UEM Edgenta merancang untuk memacu prestasi untuk terus menghasika­n pulangan yang mampan bagi pemegang saham. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia