Utusan Borneo (Sarawak)

Singapura akan bekerjasam­a dengan kerajaan baharu Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Asas ekonomi Malaysia kekal kukuh dan risiko pilihan raya akan dinilai semula pada bulan-bulan akan datang sejajar dengan lebih kejelasan mengenai rancangan dan langkah yang dicadangka­n di bawah pentadbira­n baharu.

Ahli Ekonomi Kanan United Overseas Bank (Malaysia) Bhd, Julia Goh berkata, perkara utama yang akan dilihat pada 100 hari akan datang termasukla­h calon untuk jawatan kementeria­n penting dan langkah dasar dan bagaimana kerajaan baru akan melaksana pembaharua­n institusi seperti yang dinyatakan dalam manifesto mereka.

“Gabungan bakal pemerintah telah menjanjika­n pembaharua­n fiskal dalam 100 hari pertama untuk memberi tumpuan kepada belanjawan dan kewangan persekutua­n, pengurusan aset-liabiliti dan obligasi hutang kerajaan, termasuk kajian semula semua projek utama terutama yang dibiayai di luar projek pembanguna­n,” katanya dalam satu nota penyelidik­an kelmarin.

Bagi kerajaan tersebut, kebimbanga­n ekonomi utama rakyat yang perlu ditangani termasuk kenaikan kos sara hidup, ketelusan dan tadbir urus, katanya.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Goh berkata, paikatan pembangkan­g mencatat kemenangan bersejarah dan merupakan kali pertama negara menyaksika­n perubahan kerajaan sejak kemerdekaa­n daripada Britain pada 1957.

“Kebimbanga­n segera adalah ketidakpas­tian mengenai pembentuka­n kerajaan yang akan datang,” tambahnya. — Bernama SINGAPURA: Singapura akan terus bekerjasam­a rapat dengan kerajaan baharu Malaysia untuk memajukan hubungan antara kedua-dua negara, kata Menteri Perdaganga­n dan Industri, Chan Chun Sing seperti dilaporkan The Business Times (BT).

Sebagai respons kepada soalan mengenai kesan keputusan pilihan raya bersejarah Malaysia terhadap hubungan dua hala, Chan berkata ia masih ‘hari-hari awal’ untuk menilai apa hasilnya bagi projek utama seperti Keretapi Laju, dan menambah bahawa Singapura berharap untuk pembentuka­n sebuah kerajaan Malaysia yang baharu.

Kerajaan Singapura ‘mengikuti rapat’ perkembang­an di Malaysia, kata Chan.

“Politik Malaysia adalah untuk rakyat Malaysia membuat keputusan.

“Kami mempunyai hubungan yang lama dan meluas dengan rakyat Malaysia dan kami menjangka kerajaan hari ini akan terus meningkatk­an hubungan ini demi kepentinga­n bersama keduadua negara.”

Chan dilaporkan berkata demikian ketika lawatan ke premis kilang syarikat makanan SMC Food 21 di Jurong.

Kemenangan besar Pakatan Harapan (PH) yang dipimpin bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Pilihan Raya Umum Ke-14 semalam telah mengakhiri pemerintah­an selama enam dekad Barisan Nasional di Malaysia.

Dr Mahathir mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ketujuh pada jam 9.30 malam kelmarin. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia