Utusan Borneo (Sarawak)

Majlis Perniagaan AS-ASEAN ucap tahniah atas kemenangan pilihan raya

-

NEW YORK: Majlis Perniagaan Amerika Syarikat ( AS)- ASEAN ( USABC), kumpulan sokongan untuk syarikat AS yang beroperasi di rantau ASEAN, menyertai entiti AS yang lain untuk mengucapka­n tahniah kepada rakyat Malaysia berhubung pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Ketujuh negara itu.

Presiden dan Ketua Pega- wai Eksekutifn­ya, Alexander Feldman berkata beliau berharap dapat meneruskan kerjasama yang erat dengan kerajaan Malaysia yang baharu.

“Proses pilihan raya yang bebas, adil dan aman menjadi bukti kepada pilihan rakyat Malaysia dan kekuatan proses demokrasi negara itu.

“Ahli Majlis Perniagaan AS-ASEAN berharap dapat meneruskan sejarah panjang kita dalam bidang perniagaan, perdaganga­n dan pelaburan dengan Malaysia, pemimpin di ASEAN dan antara negara dagangan utama dunia dalam sektor tenaga, komoditi dan elektronik,” katanya kepada Bernama.

Pakatan Harapan meraih kemenangan apabila memenangi 121 daripada 222 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

USABC mempunyai keahlian melebihi 150 syarikat dengan gabungan perolehan global lebih AS$6 trilion dan mempunyai tenaga kerja lebih 13 juta orang.

Beliau berkata majlis itu berharap dapat meneruskan tradisi bekerjasam­a dengan kerajaan Malaysia, meningkatk­an hubungan ekonomi dua hala yang saling memberi manfaat kepada kedua-dua negara yang turut menyokong Malaysia dalam mencapai matlamat Wawasan 2020 untuk menjadi negara berpendapa­tan tinggi.

Kebanyakan ahli korporat USABC telah mewujudkan operasi pembuatan atau perniagaan di Malaysia.

Menurut USABC, ahlinya termasuk syarikat terbesar AS menjalanka­n perniagaan di rantau ASEAN dan meliputi daripada pendatang baharu ke rantau itu hingga kepada syarikat yang telah mempunyai operasi di Asia Tenggara selama lebih 100 tahun.

Majlis itu mempunyai pejabat di Washington DC, New York, Bangkok, Hanoi, Jakarta, Kuala Lumpur, Manila dan Singapura. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia