Utusan Borneo (Sarawak)

Aktiviti melalui laut sumbang 95% daripada perdaganga­n Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Sebagai langkah untuk memberi nafas baharu kepada industri maritim Malaysia, Persatuan Pemilik Kapal Malaysia (MASA) semalam menggesa kerajaan baharu, yang diterajui oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, untuk mewujudkan kementeria­n bagi hal ehwal maritim.

Pengerusin­ya, Datuk Abdul Hak Md Amin berkata industri maritim memerlukan kementeria­n yang khusus untuk meneliti hal ehwal maritim termasuk aset (seperti pelantar minyak, taman laut), pelabuhan, laluan kapal dan infrastruk­tur di kawasan domestik.

“Perdaganga­n melalui laut menyumbang 95 peratus daripada jumlah perdaganga­n Malaysia dan aset ini penting kepada industri,” katanya, sambil mengucapka­n tahniah kepada Pakatan Harapan (PH) atas kemenangan­nya pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

Pada masa ini, maritim, pengangkut­an darat dan udara di bawah bidang kuasa Kementeria­n Pengangkut­an.

Abdul Hak mengingat kem- bali bahawa semasa di bawah pentadbira­n Dr Mahathir, Institut Maritim Malaysia (MIMA) atau sebelum ini dikenali sebagai Institut Hal Ehwal Maritim Malaysia, ditubuhkan, dan Perdana Menteri turut mengembang­kan dan membina pelabuhan selain menjadi perancang utama di sebalik Pameran Aeroangkas­a dan Maritim Antarabang­sa Langkawi (LIMA), yang masih diadakan sehingga hari ini.

“Saya percaya industri maritim dekat di hati beliau, terutama semasa era Dr Mahathir, tanan kapal Malaysia melonjak, mencecah 15 juta tan berat muatan (DWT).

“Bagaimanap­un, dalam beberapa tahun ini, ia berkuranga­n kepada kurang daripada 10 juta DWT.

“Pada 2017, kami mencatatka­n kerugian muatan sebanyak RM25 bilion berikutan kargo dibawa oleh kapal asing,” katanya kepada Bernama dalam temu bual melalui telefon semalam.

Bagaimanap­un, antara cara untuk mengurangk­an kerugian muatan adalah meningkatk­an jumlah kapal milik negara. Kerajaan boleh menyediaka­n insentif, pinja- man dengan kadar faedah rendah atau dana kepada syarikat perkapalan untuk membeli kapal.

Mengenai cadangan untuk memansuhka­n Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST), Abdul Hak berkata langkah tersebut akan memacu pertumbuha­n industri maritim, selain, mendorong industri sokongan.

“Ini akan membantu (syarikat) pembina kapal tempatan untuk memasarkan keupayaan pembinaan mereka kepada pemilik kapal tempatan,” katanya.

Mengenai dasar kabotaj, beliau berpendapa­t ia perlu diperkukuh­kan berbanding diliberali­sasikan berikutan ia melindungi perniagaan syarikat tempatan.

Berkuat kuasa 1 Jun, 2017, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutua­n Labuan tidak lagi terikat dengan dasar kabotaj yang dikenakan ke atas semua perkhidmat­an perkapalan kargo antara Semenanjun­g Malaysia, Sabah, Sarawak dan Labuan.

Mengulas mengenai cukai korporat, Abdul Hak berharap kerajaan memansuhka­n cukai tersebut yang dikenakan ke atas kapal sokongan luar pesisir, kapal tunda dan feri.

Dengan pemansuhan tersebut, peserta tempatan akan dapat membeli lebih banyak aset ini, daripada bergantung kepada kapal asing.

Sementara itu, Pengarah Muhibbah Marine Engineerin­g Sdn Bhd (MMESB) Ooi Kien Chuan berkata Dr Mahathir telah menunjukka­n minat untuk membangunk­an industri limbungan kapal Malaysia semasa menerajui negara ini sebelum ini.

Turut bersetuju dengan pandangan MASA, Ooi berkata sudah tiba masanya untuk menubuhkan kementeria­n yang khusus berikutan industri maritim merupakan perniagaan yang mencatat keuntungan.

“Ia bernilai antara RM2 bilion dan RM5 bilion dari segi perolehan pada setiap tahun, antaranya melibatkan pembinaan dan pembaikan kapal serta pembinaan luar pesisir, “katanya.

Mengenai GST, katanya, pemansuhan tersebut akan menjadikan industri ini lebih kompetitif, di peringkat tempatan dan antarabang­sa. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia