Utusan Borneo (Sarawak)

Petronas tambah pilihan menu sarapan dengan Mesra Bites

-

KUALA LUMPUR: Petronas Dagangan Berhad ( PDB) menambah pilihan menu kombo sarapannya, ‘Mornings@Mesra’ dengan menawarkan ‘Mesra Bites’, pelbagai roti dengan Sambal Ikan Bilis, Sambal Udang atau Kaya, serta ‘ Cheese Sticks’.

Penambahan itu menjadikan kombo sarapan ‘ Mornings@ Mesra’ kini mempunyai tiga menu, iaitu Big Bites, Light Bites dan Happy Bites, untuk mereka yang memerlukan sarapan yang berat, ringan serta kanak-kanak.

Menu Big Bites terdiri daripada makanan tempatan kegemaran ramai seperti nasi lemak, mihun goreng, mi goreng, kuih dan pilihan kopi panas, minuman dalam tin Nescafe atau Milo, pada RM5.

Menu Light dan Happy Bites pula menawarkan pilihan mana-mana roti Mesra Bites dan minuman, berharga dari RM3. Minuman ialah kopi panas atau minuman tin Nescafe untuk menu Light Bites manakala menu Happy Bites menawarkan minuman berperisa coklat Goodday Charge.

Ketua Perniagaan Runcit PDB, Aadrin Azly berkata: “Apabila kami melancarka­n Mornings@Mesra pada 2017, sambutan yang diterima amat positif, di mana kami mencatatka­n peningkata­n kira-kira 27 peratus dalam jualan makanan di kedai Mesra tahun lepas. Berikutan permintaan yang amat menggalakk­an, kami memutuskan untuk memperluas­kan kombo sarapan kami dengan menawarkan lebih banyak pilihan kepada setiap orang termasuk yang digemari kanak-kanak.

“Menu Happy Bites khusus untuk kanak-kanak memandangk­an kami mahu menekankan kepentinga­n mengambil sarapan supaya mereka bertenaga untuk memulakan hari mereka serta sihat dan gembira. Sebagai contoh, kami pastikan roti kami tanpa lelemak trans,” katanya.

Kombo sarapan Mornings@ Mesra boleh didapati di 450 stesen Petronas manakala pelbagai roti Mesra Bites boleh didapati di semua stesen Petronas dengan Kedai Mesra di semenanjun­g Malaysia.

Semua produk Mornings@ Mesra dibekalkan oleh vendor yang dipercayai yang dipilih PDB bagi memastikan pelanggan menikmati sarapan berkualiti untuk memulakan hari mereka.

Melalui usaha ini, PDB juga secara langsung membantu perusahaan kecil dan sederhana tempatan memperluas­kan perniagaan mereka di stesen Petronas di seluruh negara dan menambah pendapatan mereka, sebagai sebahagian inisiatif tanggungja­wab sosial korporat syarikat.

Maklumat lanjut mengenai Mornings@Mesra, boleh dapati dengan melayari www.mymesra.com.my. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia