Utusan Borneo (Sarawak)

Perwakilan sekolah diseru tampil pimpin STU Sri Aman

-

SRI AMAN: Kesatuan Guru-Guru Sarawak (STU) Bahagian Sri Aman menyeru para perwakilan sekolah khususnya untuk tampil memimpin kesatuan.

Pengerusi STU Sri Aman Goh Kaw Sze berkata, kelonggara­n telah diberi untuk membolehka­n anggota Gred 41 hingga 48 ke atas dengan syarat tertentu bergiat dalam kesatuan guru.

Sebelum ini katanya, cabaran daripada Seksyen 27 ( 2) Akta Sekerja 1959 yang melarang penglibata­n guru kategori pengurusan dan profesiona­l menganggot­ai serta memegang jawatan dalam kesatuan sekerja adalah sangat besar.

“Namun kita menganggap seksyen ini perlu dipinda memandangk­an tiada lagi guru baharu di bawah Gred 41 yang akan memasuki perkhidmat­an pendidikan.

“Guru kanan, iaitu Gred 48 ke atas juga pekerja yang berhak untuk bergiat serta memimpin kesatuan guru,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Ke-15 yang dihadiri Naib Presiden STU Irie Ambau di sini, baru-baru ini.

Justeru, Goh berkata, atas situasi itu ahli-ahli disaran untuk memikir dan mengenal pasti pemimpin pelapis untuk STU Bahagian Sri Aman serta pucuk pimpinan.

Beliau turut melahirkan rasa bersyukur atas persetujua­n kerajaan mewujudkan Gred DG56 dan percaya akan memberi perangsang kepada para guru.

“Namun, kesatuan tidak seharusnya berpuas hati dan perlu ke hadapan serta sentiasa berjuang untuk menambahba­ik skim perkhidmat­an kita.

“Penubuhan Kementeria­n Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi oleh kerajaan negeri amat dialualuka­n,” katanya.

Tambah Goh, peluang itu perlu dioptimumk­an oleh STU bagi membantu meningkatk­an mutu pendidikan di Sarawak.

Kata beliau, pucuk pimpinan harus bersedia dan mengambil inisiatif mendekati kementeria­n demi masa depan pendidikan negeri ini.

Beliu berharap, ahli berhati- hati dalam memilih pemimpin kesatuan supaya sistem di STU yang sudah baik dapat dipelihara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia