Utusan Borneo (Sarawak)

ADUN Chenderian­g MB baharu Perak

-

KUALA KANGSAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderian­g Ahmad Faizal Azumu mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak yang baharu di Istana Iskandaria­h di sini, semalam.

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perak mengangkat sumpah di hadapan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah kira-kira jam 6.05 petang.

Ahmad Faizal, dilantik sebagai Menteri Besar Perak yang baharu selepas PH berjaya meraih majoriti mudah 31 daripada 59 kerusi DUN untuk membentuk kerajaan negeri.

Pada Pilihan Raya Umum Ke- 14 ( PRU14), Ahmad Faizal menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Chong Shin Heng dan Nordin Hassan daripada PAS dengan majoriti tipis 39 undi di DUN Chenderian­g.

Ahmad Faizal memperoleh 7,662 undi manakala Shing Heng (7,623) dan Nordin (1,735). — Bernama

Sultan Nazrin Shah Sultan Perak

yang memilih mereka dan ia merupakan amanah baharu.

“Laksanakan tanggungja­wab dan penuhi amanah tersebut secara berintegri­ti,” titah baginda pada istiadat angkat sumpah Menteri Besar Perak yang baharu di Istana Iskandaria­h di sini, semalam.

Pada istiadat itu, Sultan Nazrin berkenan meny- lihan kuasa dilangsung­kan secara aman dan tenteram.

Baginda juga menzahirka­n penghargaa­n kepada pelbagai pihak yang memberikan komitmen sekali gus membolehka­n segala proses yang berkaitan dapat berlangsun­g dengan aman dan tenteram.

“Pilihan raya telah selesai. Cabaran utama pascapilih­an raya adalah untuk kembali menyatukan warga dalam semangat biduk berlalu, kiambang bertaut.

“Jauhilah sifat yang menang, menang semua; sementara yang kalah, kalah semua. Amalkan sifat yang sentiasa bersedia mendengar suara rakyat dengan minda terbuka, serta bersedia mengaku kesilapan dan bersedia membetulka­n kesilapan,” titah baginda.

Sultan Nazrin turut menzahirka­n ucapan tahniah kepada Ahmad Faizal kerana mendapat sokongan majoriti ADUN selain mendapat perkenan untuk menggalas tanggungja­wab sebagai Menteri Besar.

“Beta juga mengucapka­n tahniah kepada semua calon daripada semua parti yang telah berjaya mendapat kepercayaa­n rakyat, dipilih menjadi ahli Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan,” titah baginda.

Pada PRU14, Pakatan Harapan yang terdiri daripada PKR, DAP, Amanah dan PPBM mendapat 29 daripada 59 kerusi DUN, manakala BN 27 dan PAS (3).

Keputusan itu menyaksika­n tiada mana-mana parti mendapat majoriti mudah 30 kerusi untuk membentuk kerajaan negeri, namun kemelut tersebut berakhir hari ini selepas dua ADUN BN memilih untuk menyertai PH sekali gus membolehka­n PH menubuhkan kerajaan dengan mendapat 31 kerusi DUN. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIDANG MEDIA: Shahidan berjalan menuju ke bilik khas untuk mengadakan sidang media berhubung pelantikan Menteri Besar Perlis di Lapangan Terbang Antarabang­sa Sultan Abdul Halim semalam.
— Gambar Bernama SIDANG MEDIA: Shahidan berjalan menuju ke bilik khas untuk mengadakan sidang media berhubung pelantikan Menteri Besar Perlis di Lapangan Terbang Antarabang­sa Sultan Abdul Halim semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia