Utusan Borneo (Sarawak)

Osman Sapian MB Johor ke-16

-

JOHOR BAHRU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian semalam mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Johor ke-16 di Istana Bukit Serene di sini.

Menurut laman Facebook rasmi Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Kempas itu menerima watikah pelantikan dan melafazkan sumpah menyandang jawatan di hadapan Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar pada kirakira 3.06 petang.

Turut berangkat ke Istiadat Penyerahan Watikah, Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Menteri Besar Johor ialah Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail, padukapadu­ka anakanda serta suami kepada Tunku Puteri Johor Tunku Tun Aminah, Dennis Muhammad Abdullah.

Antara yang hadir termasuk Pengerusi PKR Johor Hassan Karim dan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor Aminolhuda Hassan.

Menurut laman berkenaan, Sultan Ibrahim dalam titah baginda bersedia bekerjasam­a dengan Menteri Besar dan memberi nasihat dari semasa ke semasa.

Baginda turut mengingatk­an Osman agar menjalanka­n tugas yang diamanahka­n dengan bersungguh- sungguh dan memastikan Bangsa Johor sentiasa bersatu.

Osman, 67, yang merupa- kan Setiausaha Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Johor menggantik­an Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin daripada Barisan Nasional (BN) sebagai Menteri Besar.

PH mendapat mandat membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 36 kerusi DUN Johor pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), manakala BN mendapat 19 kerusi dan PAS dengan satu kerusi.

Osman yang bertanding di kerusi DUN Kempas memperoleh 21,137 undi mengalahka­n lawannya dengan majoriti 9,178 undi iaitu calon Barisan Nasional (BN) Datuk Ramlee Bohani menerima 11,959 undi manakala calon PAS, Dzulkifli Suleiman menerima 2,321 undi.

Beliau pernah menyandang jawatan sebagai ADUN Kempas di bawah BN selama tiga penggal mulai 1999 hingga 2013 sebelum digugurkan daripada bertanding pada 2013. — Bernama

 ??  ?? OSMAN
OSMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia