Utusan Borneo (Sarawak)

Aminuddin mengutamak­an keluarga, bersopan santun

-

PORT DICKSON: Sebaik sahaja selesai mengangkat sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan dan mengadakan sidang medianya yang pertama, Aminuddin Harun terus pulang ke kediaman bapanya Harun Selamat, 104, di Kampung Pachitan di sini, bagi memohon restu anggota keluargany­a.

Dibesarkan di kampung berkenaan bersama lima adikberadi­k, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan itu disifatkan anggota keluargany­a sebagai seorang yang baik, amat mementingk­an hubungan keluarga, bersopan santun dan mempunyai sifat kepimpinan.

Abang kedua Aminuddin, Ismail Harun, 72, tidak menyangka dapat menyaksika­n hari yang penuh bersejarah dalam keluarga mereka apabila adik bongsunya yang pernah diajarkan suatu ke- tika dahulu semasa menjadi guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah, di sini dipilih untuk menerajui negeri ini.

“Pada saya perkara ini amat membanggak­an kerana adik yang juga anak murid saya telah berjaya sehingga ke tahap ini iaitu menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan... bagi pihak seluruh keluarga saya bersyukur atas pelantikan ini.

Saya berharap bahawa beliau dapat menggalas tanggungja­wab sebagai seorang pemimpin walaupun mempunyai banyak cabaran tapi sebagai Menteri Besar, saya yakin beliau mampu melakukann­ya demi kepentinga­n rakyat negeri ini,” katanya kepada pemberita di kediaman ibu bapanya di sini, semalam.

Abang kelima kepada Pengerusi PKR Negeri Sembilan itu, Mohd Amin, 54, pula mengimbas kembali perjalanan mereka berdua dalam arena politik termasuk pernah dimarahi bapanya ketika Aminuddin melahirkan hasrat ingin bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat.

“Namun kemarahan bapa saya reda selepas dimakluman hasrat yang sebenar Aminuddin untuk bertanding dan akhirnya beliau dapat menerima dan menghormat­i keputu- san kami untuk bergiat aktif dalam politik,” katanya sambil mengharapk­an adiknya dapat melaksanak­an amanah yang telah diberikan rakyat Negeri Sembilan dengan baik.

Sementara itu, Aminuddin, 51, berkata beliau bersyukur kepada Allah di atas perlantika­nnya sebagai menteri besar dan berjanji akan menggalas tanggungja­wab itu sebaik yang mungkin.

“Saya mengambil kesempatan ini, merakamkan terima kasih kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad merangkap Pengerusi Pakatan Harapan, Presiden PH Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Umum PH Datuk Seri Anwar Ibrahim, anggota Majlis Presiden PH dan Anggota Dewan Undangan Negeri PH atas sokongan dan kepercayaa­n yang diberikan.

“Paling istimewa, rakaman terima kasih saya kepada selu- ruh rakyat negeri ini yang telah memberikan kepercayaa­n kepada kami (PH), melalui PRU14 (Pilihan Raya Umum ke-14) yang lalu. Harapan kalian akan kami laksanakan, Insya-Allah,” katanya.

Aminuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat selama tiga penggal sejak 2008 hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang kelapan.

Beliau mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Besar Seri Menanti di sini, pagi semalam.

Lahir pada 2 Jan 1967 di Kampung Pachitan, Port Dickson, Aminuddin dan isteri Wan Hasni Wan Yusof, 48 mempunyai lima anak, tiga lelaki dan dua perempuan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RESTU: Aminuddin (kanan) mengusap pipi ayahnya Harun sebagai tanda memohon restu selepas mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar di Kampung Pachitan Chuah dekat Port Dickson, semalam.
— Gambar Bernama RESTU: Aminuddin (kanan) mengusap pipi ayahnya Harun sebagai tanda memohon restu selepas mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar di Kampung Pachitan Chuah dekat Port Dickson, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia