Utusan Borneo (Sarawak)

Dr Mahathir akui halang Najib daripada meninggalk­an negara

-

PETALING JAYA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam mengesahka­n beliau telah menghalang bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya daripada meninggalk­an negara.

“Memang benar saya yang menghalang Najib dan isterinya (Datin Seri Rosmah Mansor) daripada meninggalk­an negara, sepanjang pengetahua­n saya hanya beliau dan isterinya. Saya tidak tahu tentang orang lain ,” katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di sini.

Najib dan Rosmah telah disenaraih­itamkan oleh Jabatan Imigresen daripada pergi ke luar negara, memaksa rancangan mereka untuk berehat di luar negara dibatalkan di saat akhir semalam.

Menurut Dr Mahathir, terdapat banyak aduan terhadap Najib dan kesemuanya perlu disiasat.

Perdana Menteri berkata jika beberapa aduan didapati benar, tindakan perlu diambil dengan segera bagi mengelak isu seperti ekstradisi yang melibatkan negara-negara lain.

Perdana menteri turut mengadakan pertemuan dengan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Ditanya mengenai pertemuan itu, Dr Mahathir menjelaska­n ia bagi menyampaik­an arahan- arahan tertentu selain mengingatk­an mengenai tanggungja­wab di bawah bidang kuasa mereka.

“Saya kena bagi arahan kepada mereka tentang banyak perkara yang perlu dilakukan sekarang ini setakat yang ada kuasa kepada saya dan tanggungja­wab mereka.

“Umpamanya kalau saya nak suruh tak bagi Najib keluar negara, saya tidak boleh pergi ke lapangan terbang tahan Najib, saya kena suruh orang yang berkuasa,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia