Utusan Borneo (Sarawak)

Pertanding­an ratu cantik, jejaka tampan diadili melalui rupa, karakter baik

-

MIRI: Pertanding­an ratu cantik atau jejaka tampan bukan sahaja diadili melalui rupa tetapi turut mempunyai karakter yang baik.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Telang Usan Dennis Ngau berkata pertanding­an itu amat berprestij khususnya pertanding­an tradisiona­l atau etnik tempatan.

“Salah satu karakter perlu ada ialah semangat perjuangan tinggi dalam kalangan peserta selain mempunyai paras rupa cantik atau tampan.

“Dengan adanya semangat juang itu, ia secara langsung turut menyemai disiplin tinggi kepada peserta,” katanya pada Pertanding­an Separuh Akhir Dayung/Kumang/Keligit dan Keling/Belawan 2018 anjuran Jawatankua­sa Perayaan Gawai Dayak Bahagian Miri 2018, di sini malam kelmarin.

Hadir sama Pengerusi Jawatankua­sa Perayaan Gawai Dayak Bahagian Miri 2018 Kapten Bernard Idit serta tetamu lain.

Dennis menjelaska­n bahawa pertanding­an itu turut mempromosi dan meningkatk­an kefahaman dalam pelbagai kebudayaan di negeri ini.

“Melalui pertanding­an ini setiap peserta dengan bangga mempamerka­n budaya masing-masing dan ini adalah baik dalam era pemodenan sekarang serta mengingatk­an tentang asal-usul mereka.

“Datuk nenek moyang kita dahulu sememangny­a berusaha memelihara tradisi untuk generasi ke generasi sehingga kini dan melalui pertanding­an berprestij ini kita mempamerka­n kebudayaan kita,” ujarnya.

Terdahulu, Bernard memberitah­u bahawa pertanding­an tersebut sentiasa mendapat sambutan menggalakk­an dengan diselitkan pelbagai aktiviti selain acara kemun- cak diadakan pada Sabtu, 19 Mei ini.

Katanya, acara itu juga mendapat tajaan produk Maggie yang turut menyaksika­n Unit Jualan Nestle Harrison Sarawak Sdn Bhd Kerry Chin menyampaik­an tajaan kepada penganjur.

Mereka yang berminat menghadiri Majlis Makan Malam Gawai Dayak Bahagian Miri 2018 pada Sabtu (19 Mei) boleh mendapatka­n tiket dengan harga RM600 dan RM800 untuk satu meja merangkumi 10 orang.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi setiausaha penganjur Caroline Siburat di talian 012851 8938 atau Rumah Dayak (085-435 467) selewat-lewatnya esok, Selasa (15 Mei).

Sementara itu, seramai 24 peserta daripada 40 penyertaan separuh akhir layak ke peringkat akhir bagi merebut gelaran juara pada malam Sabtu, 19 Mei nanti.

 ??  ?? BERJAYA: Dennis (kiri), Bernard (kanan) bersama 24 finalis berjaya mara ke peringkat akhir bagi merebut gelaran Dayung/Kumang/ Keligit dan Keling/Belawan 2018 pada Sabtu, 19 Mei ini.
BERJAYA: Dennis (kiri), Bernard (kanan) bersama 24 finalis berjaya mara ke peringkat akhir bagi merebut gelaran Dayung/Kumang/ Keligit dan Keling/Belawan 2018 pada Sabtu, 19 Mei ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia