Utusan Borneo (Sarawak)

Perpaduan rakyat Sarawak budaya luar biasa: Rentap

-

BETONG: Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Layar Gerald Rentap Jabu menyifatka­n perpaduan yang diamalkan rakyat di negeri ini sebagai budaya yang sukar didapati di tempat lain.

“Silaturahi­m yang tersimpul erat dalam kalangan penduduk berbilang kaum adalah kekuatan yang menggambar­kan perpaduan masyarakat tanpa perasaan dengki dan iri hati.

“Kita sentiasa mengamalka­n sikap terbuka dan saling menghormat­i budaya yang diamalkan kaum masingmasi­ng, menjadikan kita terus bersatu dalam perpaduan yang erat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Perarakan Gawai sempena Karnival Gawai Peringkat Bahagian Betong 2018 yang berlangsun­g di Dewan Sukan Datuk Amar Tan Sri Stephen Kalong Ningkan dekat sini, kelmarin.

Tambahnya, hubungan erat kaum-kaum yang ada di sini terdiri daripada Melayu, Iban dan Cina menunjukka­n satu budaya utuh sejak sekian lama.

“Amalan begini telah wujud sejak sekian lama, menjadikan kita disegani masyarakat di negeri lain.

“Jelas dilihat apabila setiap perayaan utama yang disambut setiap kaum, turut disambut kaum lain.

“Hari ini kita mengadakan perarakan Gawai yang disambut oleh masyarakat Iban tapi turut disertai masyarakat Melayu dan Cina yang meraikan bersama.

“Perarakan yang diadakan merupakan salah satu aktiviti yang tersenarai dalam Karnival Gawai Peringkat Bahagian Betong setiap tahun sejak beberapa tahun lalu sebelum sambutan Gawai Dayak dengan dengan pelbagai aktiviti lain turut diselitkan untuk disertai,” tambahnya.

Sebanyak 29 kontinjen mengambil bahagian dalam perarakan kali ini bagi empat kategori yang dipertandi­ngkan dengan hadiah lumayan menjadi rebutan.

Turut hadir dan menyertai perarakan ialah Penasihat Penyelidik­an Sains Negeri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang serta isteri Tan Sri Empiang Jabu, Residen Bahagian Betong Friday Belik, Pengerusi Karnival Gawai Meehan Jorai, Pengerusi Perarakan Gawai Aleksey Aman, ketua-ketua jabatan dan masyarakat.

 ??  ?? SERTAI: Rentap turut meraikan kemenangan kontinjen SMK St Augustine yang menjadi juara keseluruha­n kategori yang dipertandi­ngkan.
SERTAI: Rentap turut meraikan kemenangan kontinjen SMK St Augustine yang menjadi juara keseluruha­n kategori yang dipertandi­ngkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia