Utusan Borneo (Sarawak)

Aktiviti kebajikan pengubat rindu pelajar Curtin kepada ibu

-

MIRI: Berjauhan daripada ibu pada saat sambutan Hari Ibu pada 13 Mei memberi inspirasi kepada ahli Bahagian Pelajar Hal Ehwal Kemanusiaa­n Curtin Malaysia meraikan hari itu dengan aktiviti kebajikan.

Pada 12 dan 13 Mei, ahliahli mengadakan aktiviti di bawah Projek Pemerkasaa­n Komuniti di Wad Bersalin dan Pediatrik Hospital Miri.

Sepanjang dua hari projek, penuntut Curtin Malaysia dan sukarelawa­n dibantu kakitangan berinterak­si dengan pesakit, bermain dengan kanak-kanak di wad, di samping mengedarka­n kad Hari Ibu yang dibuat sendiri kepada setiap ibu di wad.

Pengerusi penganjur Clare Wong berkata, objektif utama ialah untuk membawa keceriaan kepada kanak-kanak dan ibu di wad bersalin dan pediatrik khususnya pada sambutan Hari Ibu.

Seramai 20 ahli diketuai Presidenny­a Sakti Satesh Rames menjayakan projek itu yang turut dihadiri Matron Hospital Miri Beatrice Rabiah Ellai dan Sister Roscia Ulau Wan.

Manakala pada 13 Mei, 20 lagi pelajar menghasilk­an lukisan mural di wad bersalin dan Unit Pediatrik, selain berinterak­si dengan pesakit selain memberi mereka hadiah.

“Kami berterima kasih kepada para pelajar kerana memilih Hospital Miri untuk menjayakan projek ini terutama sempena sambutan Hari Ibu.

“Kami berasa bangga den- gan kehadiran mereka untuk menceriaka­n pesakit dan ibu semasa Hari Ibu,” katanya.

Sementara itu Sakti berkata projek di Hospital Miri merupakan antara empat aktiviti yang dirancang pada tahun ini.

Pada 1 hingga 7 Julai, mereka akan mengadakan Projek Pemerkasaa­n Komuniti di kampung nelayan di Desa Cikoneng di Jakarta, Indonesia dengan kerjasama Universiti Indonesia dan projek luar negara sama ada di Kemboja atau Filipina pada Disember atau Januari manakala satu lagi projek di Bekenu pada Oktober.

“Bagi projek di luar negara, kita fokus dengan mengajar matematik asas dan ahasa Inggeris dan pendedahan kepelbagai­an budaya di Curtin Malaysia, sementara di Bekenu kami merancang membaiki paip air,” katanya.

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Clare (empat kanan) menyampaik­an plak kepada Matron Beatrice, kelihatan sama Sister Roscia (tiga kiri) dan Sakti (kanan).
PENGHARGAA­N: Clare (empat kanan) menyampaik­an plak kepada Matron Beatrice, kelihatan sama Sister Roscia (tiga kiri) dan Sakti (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia