Utusan Borneo (Sarawak)

Gadis Bidayuh dipelawa sertai Pertanding­an Dayung Gawea Tematu

-

KUCHING: Gadis Bidayuh yang memiliki penampilan menarik dipelawa menyertai Pertanding­an Dayung Gawea Tematu bagi edisi 2018.

Pengerusi penganjur John Pata berkata untuk menyertai pertanding­an ini, peserta haruslah daripada kalangan Bidayuh Sarawak berumur 18 hingga 28 tahun, bujang dan tidak pernah berkahwin.

Yuran sebanyak RM50 akan dikenakan dan perlu dibayar pada hari pertama perjumpaan iaitu pada 3 Jun 2018 di Dewan Serba Guna Kampung Tematu pada jam 2 petang.

Borang penyertaan perlu dihantar pada atau sebelum 31 Mei ini dengan mengisi borang secara atas talian di alamat https://goo.gl/form/ M09W0oo4q8­QJIgMh2

Pemenang pertama akan menerima hadiah wang tunai RM1,700 berserta mahkota, sejambak bunga, selempang, trofi, hamper dan sijil penyertaan.

Manakala pemenang tempat kedua dan ketiga masingmasi­ng akan menerima wang tunai RM1,400 dan RM1,100 berserta mahkota, bunga, selempang, trofi, hamper dan sijil penyertaan. Peserta yang tidak berjaya akan diberikan hadiah sagu hati berupa wang tunai RM100, hamper dan sijil penyertaan.

Selain gelaran Dayung Gawea Tematu, pertanding­an ini turut menawarkan empat gelaran sampingan iaitu Ratu Bakat, Ratu Populariti, Ratu Personalit­i dan Ratu Fotogenik serta Kostum Terbaik.

Pemenang bagi kategori ini akan menerima wang tunai RM200 berserta trofi dan selempang.

Pertanding­an yang memasuki tahun kelima penganjura­n ini adalah sempena Karnival Gawai Tematu 2018 pada 29 dan 30 Jun depan.

 ??  ?? PRIHATIN: Hisham (dua kanan) dan Sebastian (tiga kanan) menyampaik­an sumbangan kepada salah satu NGO sempena Larian Bomba Edisi 4.0 semalam.
PRIHATIN: Hisham (dua kanan) dan Sebastian (tiga kanan) menyampaik­an sumbangan kepada salah satu NGO sempena Larian Bomba Edisi 4.0 semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia