Utusan Borneo (Sarawak)

Terima keputusan secara positif, kata Nurul Izzah

-

BUKIT MERTAJAM: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar meminta agar bekas Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli menerima keputusan secara positif akan pelantikan tiga anggota kanan kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kelmarin.

Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut mahu melihat rakyat optimis terhadap pemerintah­an kerajaan Pakatan Harapan ( PH) sebagai kerajaan baharu.

“Apa yang diperlukan ketika ini adalah fokus kepada rakyat menerusi kerjasama baik dalam pentadbira­n.

“Sebagai kawan baik, saya begitu menghargai sumbangan yang diberikann­ya ( Rafizi) kepada parti dan negara.

“Jadi saya minta, demi perjuangan sahabat sejati, marilah kita lakukannya secara positif dan mengatasi apa sahaja yang berlaku untuk melalui fasa baharu pembentuka­n kerajaan di bawah PH,” katanya kepada pemberita selepas majlis kenduri kesyukuran sempena kemenangan rakyat Permatang Pauh di sini semalam.

Nurul Izzah diminta mengulas mengenai kenyataan Rafizi, juga naib presiden PKR, yang mendakwa pelantikan pemimpin tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), DAP dan AMANAH sebagai menteri kanan yang dibuat Dr Mahathir adalah tanpa perbincang­an dan rundingan dengan PKR.

Nurul Izzah berkata, kenyataan lanjut berhubung perkara berkenaan akan diberikan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas ini.

Dalam pada itu, Nurul Izzah turut menyifatka­n komentar oleh Tan Sri Dr Rais Yatim sangat berguna.

“Saya fikir Dr Rais Yatim mengeluark­an komentar yang sangat berguna dan kita ambil kesemua komentar yang dibawa dalam hasrat untuk memastikan pentadbira­n ini bertumpuka­n kepada rakyat,” katanya.

Rais dalam catatan komentar sebelum ini menggesa Pakatan Harapan tidak mengambil remeh teguran Rafizi sebaliknya menggesa segera mengotakan janji kepada rakyat.

Rais turut dilapor berkata Rafizi telah banyak berkorban untuk Pakatan Harapan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? HARGAI PENGUNDI: Nurul Izzah ketika hadir pada kenduri rakyat sempena meraikan kemenangan parlimen itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lepas di Kampung Kubang Ulu, Penanti semalam.
— Gambar Bernama HARGAI PENGUNDI: Nurul Izzah ketika hadir pada kenduri rakyat sempena meraikan kemenangan parlimen itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lepas di Kampung Kubang Ulu, Penanti semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia