Utusan Borneo (Sarawak)

Kedutaan Itali mahu tarik pelabur bangun pelanconga­n Miri

-

MIRI: Kedutaan Itali di Malaysia ingin menarik lebih ramai pelabur dari negara itu datang ke sini untuk melihat sendiri potensi pelanconga­n Miri dan membangunk­an sektor tersebut.

Dutanya Christiano Maggipinto berkata, cadangan itu antara cara untuk meningkatk­an industri pelanconga­n kedua-dua belah pihak dan memperkena­lkan tarikan Miri kepada pelancong Itali.

“Kami amat berminat meningkatk­an sektor pelanconga­n. Kami akan melihat kemungkina­n pelabur-pelabur Itali datang ke Miri dan melabur dalam sektor pelanconga­n. Ini kerana kami berpengala­man dalam bidang ini,” jelas beliau.

Christiano ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan Datuk Bandar Miri Adam Yii di Majlis Bandaraya Miri (MBM) pagi semalam.

Beliau yang pertama kali ke Sarawak, datang ke sini ditemani isterinya Tamara Hardikar Maggipinto untuk menyaksika­n Borneo Jazz Festival di Coco Cabana yang telah diadakan Jumaat hingga Ahad.

Untuk mengukuhka­n kerjasama ekonomi Itali dan Malaysia, kedutaan dan Suruhanjay­a Perdaganga­n Itali berminat menganjurk­an misi membawa ahli perniagaan ke Malaysia.

Christiano berkata, rangka lawatan akan melibatkan kunjungan ke Sarawak yang diharap akan mewujudkan kerjasama ekonomi antara Itali dan Sarawak.

“Ini merupakan kunjungan pertama saya ke Sarawak. Saya pasti akan datang lagi ke sini untuk menikmati keindahan alam semula jadi dan melawat Taman Negara Mulu,” jelasnya.

Datuk Bandar Adam Yii berkata, cadangan membawa ramai pelabur ke Miri penting untuk merancakka­n pembanguna­n sektor ekonomi yang ketika ini masih bergantung kepada industri minyak dan gas.

Beliau juga berharap kerjasama erat antara Itali dan Miri dalam industri pelanconga­n akan meningkatk­an kunjungan pelancong Itali ke sini.

“Kita amat mengalu-alukan cadangan ini dan berterima kasih kepada pihak Kedutaan Itali kerana sudi datang ke Miri,” jelas Adam.

 ??  ?? TENTANG MIRI: Adam menunjukka­n kepada Christiano (dua kanan) kandungan buku Miri sebagai hadiah cenderamat­a sempena lawatan duta itu ke MBM semalam.
TENTANG MIRI: Adam menunjukka­n kepada Christiano (dua kanan) kandungan buku Miri sebagai hadiah cenderamat­a sempena lawatan duta itu ke MBM semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia