Utusan Borneo (Sarawak)

Jururawat berperanan mentransfo­rmasi sistem kesihatan dan jagaan kesihatan

-

KUCHING: Jururawat memainkan peranan utama dalam mentransfo­rmasi sistem kesihatan dan jagaan kesihatan.

Sebab itu, suara mereka (jururawat) perlu didengar dalam mempengaru­hi polisi kesihatan, perancanga­n dan peruntukan.

Menurut Matron Negeri Jabatan Kesihatan Sarawak Aieshah Zainudin, jururawat berhak dan suara mereka mesti didengar.

“Jururawat mempunyai hak untuk persekitar­an kerja yang positif dan akses kepada sumber serta pendidikan.

“Pada masa yang sama, kami mahu suara jururawat didengar dalam proses membuat keputusan dan pelaksanaa­n pembanguna­n polisi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sambutan Hari Jururawat Antarabang­sa dan seminar di Auditorium Bangunan Sultan Iskandar di sini semalam.

Tambah Aieshah, dengan tema seminar Hari Jururawat tahun ini ‘A Voice to Lead, Health is a Human Right’, fokus diberikan ke atas isu semasa yang penting.

“Isu seperti pengurusan penjagaan kesihatan dan kepimpinan adalah topik hebat untuk dibincangk­an.

“Selain itu, kami juga melihat isu seperti cabaran dalam menyediaka­n jagaan pesakit dan bidang kesihatan awam,” katanya.

Seminar tersebut bertujuan menyediaka­n strategik dalam jagaan pesakit dan undangunda­ng perubatan dalam kejururawa­tan.

“Sekumpulan pembentang pakar akan membincang­kan integrasi program keselamata­n pesakit termasuk pentadbira­n klinikal yang mempromosi­kan amalan keselamata­n pesakit,” tambahnya.

Antara kertas kerja yang dibentangk­an pada seminar ini ialah cabaran dalam menyediaka­n jagaan dalam kalangan masyarakat luar bandar dan undang-undang dalam amalan kejururawa­tan.

 ??  ?? HARI JURURAWAT: Aieshah (tengah) bersama jururawat dan matron memotong kek sempena sambutan Hari Jururawat Antarabang­sa semalam.
HARI JURURAWAT: Aieshah (tengah) bersama jururawat dan matron memotong kek sempena sambutan Hari Jururawat Antarabang­sa semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia