Utusan Borneo (Sarawak)

JTS alami banyak perubahan sejak penubuhan Sejajar perubahan semasa, JTS memanfaatk­an penggunaan teknologi dalam perkhidmat­an

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Jabatan Tanah dan Survei (JTS) mengalami banyak perubahan meskipun b e r d e p a n p e l b a g a i cabaran sejak 100 tahun ditubuhkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau PaulusPalu­Gumbangber­kata, sejajar perubahan semasa, JTS turut memanfaatk­an penggunaan teknologi dalam perkhidmat­an.

“Meraikan 100 tahun penubuhan, JTS sudah jauh berkembang meskipun banyak cabaran dihadapi sehingga kini.

“JTS turut menggunaka­n kemudahan dron untuk melakukan banyak perkara dan memudahkan kerja,” katanya ketika ditemui media selepas pelepasan peserta Landas Fun Run 2018 di Dataran Jubli Emas kelmarin.

Turut hadir Pengarah Jabatan Tanah dan Survei Sarawak Zaidi Mahdi, T i m b a l a n P e n g a r a h (Pengurusan) JTS Sarawak Abdullah Julaihi, Penguasa

Meraikan 100 tahun penubuhan, JTS sudah jauh berkembang meskipun banyak cabaran dihadapi sehingga kini. Paulus Palu Gumbang ADUN Batu Danau

JTS Bahagian Limbang Awang Nazri Awang Saperi dan tetamu lain.

Paulus turut yakin JTS akan terus sukses dan meraih pencapaian membanggak­an dalam berkhidmat kepada rakyat.

Terdahulu Zaidi berkata, JTS merupakan agensi yang menjalanka­n perkhidmat­an bagi memastikan Sarawak lebih maju.

Beliau memberitah­u, JTS berdepan banyak cabaran besar khususnya isu tanah.

“Kakitangan kita akan sentiasa turun padang dalam memberi pemahaman mengenai isu tanah kepada masyarakat,” ujarnya.

Katanya banyak program besar diadakan sepanjang tahun ini bagi meraikan 100 tahun penubuhan JTS, antaranya Hari Integriti dan Inovasi, Forum Perdana, konvoi motosikal berkuasa tinggi dan aktiviti sampingan lain seperti doa selamat, larian dan sukan.

 ??  ?? CABAR DIRI: (Berdiri, dari enam kanan) Paulus, Nazri, Zaidi, Abdullah dan yang lainnya melepaskan peserta larian.
CABAR DIRI: (Berdiri, dari enam kanan) Paulus, Nazri, Zaidi, Abdullah dan yang lainnya melepaskan peserta larian.
 ??  ?? MARTABATKA­N BUDAYA: Penguang menyerahka­n cek peruntukan berjumlah RM20,000 untuk SIDS yang diterima Angela sambil disaksikan Monica (lima kiri) dan ahli jawatankua­sa SIDS Miri.
MARTABATKA­N BUDAYA: Penguang menyerahka­n cek peruntukan berjumlah RM20,000 untuk SIDS yang diterima Angela sambil disaksikan Monica (lima kiri) dan ahli jawatankua­sa SIDS Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia